Rabu, 7 September 2016

Sakitnya Hati ini...Adooiii...


Rasa lawak pun ada, sakit hati pun ada. Bila seseorang itu mengaku dirinya PLU, syaratnya kena buat “benda” tu dengan pasangan sejenis dengannya. Betul ke?? Siap ada pula yang cakap kat aku “Kau PLu.. hmmm, bohonglah tak pernah buat “benda” tu? .. “ Tak percayalah”… Dan ada yang lagi “baik” siap offer lagi… “Bro, nak try tak… jomlah try, sekali kena nak lagi” “Bro jadi top ker, bottom ker, flexi ker” [Istilah ini aku pelajari melalui pembacaan ku yer… tak lebih dari tu]...

Aku tak nafikan, majoriti PLU memang berkehendakkan “benda” itu (berulangkali aku mention benda ni pada blogku yang lepas)… tapi harus diingat masih terdapat golongan PLU yang minoriti ini masih dapat bertahan daripada melakukan “benda” tu sehinggalah sekarang.  Nauzubillah… minta dibiaskan.

Aku akan bicarakan sedikit masa lagi mengenai topik “ketagihan” yang mana sesuatu benda yang mendatangkan keseronokan itu memang susah untuk kita berhenti sekiranya kita mula melakukannya dan meneruskan perlakuan tersebut secara berulang-ulang kali. Seperti yang sahabat perlu maklum “ketagihan” adalah suatu penyakit, dan sekali berjangkit, memang payah nak berhenti. So nasihat aku kepada sahabat PLU ku yang masih dapat bertahan, alhamdulillah… bertahanlah daripada melakukan “benda” itu yer (kalau percentage PLU kau dalam lingkugan 50/50… cepat2lah kahwin… macam aku nih)…

Apa pun, terpulanglah sahabat-sahabat, siapalah yang suka-suka je nak mengaku dirinya PLU kan? Sebab ia bukan boleh dibuat main-main. Sebab ia melibatkan maruah seseorang itu. Dan aku nak maklumkan sekali lagi, bukan semua PLU itu jahat dan akan masuk neraka… Dan bukan semua yang bergelar PLU itu mesti melakukan “benda” tu tau… masih terdapat golongan PLU yang macam kami ini masih dapat menjaga diri kami daripada terus terpesong daripada landasan Allah SWT..

Tak pe lah sahabat, tak percaya tak apa… Hanya Allah SWT yang mengetahui kebenarannya. Wallahualam…

Nukilan

 InsyaAllahBro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan