Sabtu, 3 September 2016

Hari baru, Bulan Baru...

Assalamualaikum semua,


Syukur alhamdulillah dah masuk bulan kedua dah aku berblog..
Dan dalam masa sama ada juga beberapa kenalan yang sudi berkongsi pengalaman denganku..

Apapun aku tetap bersyukur, apa yang aku boleh jadikan panduan, aku akan jadikan panduan dan yang tak elok jangan kita follow jugak...harulah kalau macam tu jadinya...

Anyway, apa yang aku pernah ungkapkan sebelum ni, bukan semua PLU itu masuk neraka.... naluri tetap naluri dan memang tak akan hilang. Yang penting yang tuan punya badan itu kena tahu bagaimana ingin mengawalnya atau mengubahnya. Yang berjaya mengawalnya, alhamdulillah berjaya.... dan yang masih belum berjaya, insya Allah, mesti anda boleh melakukannya pada suatu hari nanti... Apapun tahu tak, sesuatu kejadian Allah itu ada hikmah sebaliknya... dan yang pasti Allah mahu menguji iman kita ini sejauh mana hambanya yang istimewa ini dapat mengubah atau mengawal naluri PLU ini.

Walaupun ada hadis (yang sesetengah menyatakan ia hadis yang daif.. dan ini tak benar, aku dah pastikan ia adalah hadis yang sahih.. klik disini), ada menyatakan mengenai:

"Jihad Yang Paling Besar Adalah Menentang Hawa Nafsu"



 Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam :-


 قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ



 Maksudnya: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya". 



 Ianya diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Az-Zuhd Al-Kabir (no: 383), Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (15:685) dan Imam Ibn Al-Jauzi dalam Zam Al-Hawa (no: 118). Imam Al-Mulla Ali Al-Qari meriwayatkannya secara Mursal dalam Al-Asrar Al-Marfu’ah fi Al-Akhbar Al-Maudhu’ah (no 210).


Hmmm... tengok sahabat, maknanya Allah sayangkan semua hamba-hambanya termasuk golongan kita juga, tak terkecuali... kalau kita berjaya menangani nafsu ini maknanya ia juga sebahagian daripada jihad juga...

Apa pun sahabat... saya bukanlah seorang pak ustaz untuk memberi tazkirah serta  menyingkapkan hadis kat sini. Sekadar insan yang lemah. Aku juga mengharapkan agar Allah sentiasa melindungi hamba mu ini termasuklah sahabat semua di sana...

Wallahualam


InsyaAllahBro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan