Sabtu, 17 September 2016

Malaslah nak terangkan lagi...


Dah malas aku nak terangkan kat semua orang. Asyik sahaja akan tanya soalan yang sama, tak membina... "Sebab apa yer kau jadi cam ni?? Kau ni tak tahu malulah…" "Senang je nak berubah lah… kau saje je jadi macam ni.." (Ingat macam main2 je yer nak berubah sekelip mata)

Aku ni samada golongan minoriti ker, golongan majoriti ker… kalau dasar PLU tetap PLU…. Jahat semuanya… tak eloklah.... masuk nerakalah…

Sampai satu tahap bila aku cuba hubungi sahabat yang “katanya” str8, tetiba jadi cuak dan takut semacam kat aku, macam lah aku ni akan ada niat jahat lah… akan buat itulah.. inilah… yer lah kita ni jahatlah katakan..

Tak apelah.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui, samada aku ni pernah buat jahat ke tak....(Itu pasal aku sampai mati pun takkan revealed my identity… sebab aku rasa kecewa sangat)

Walhal aku dah beritau dan terangkan banyak kali, aku ni jiwa jer bro.. dan jiwa itu tak sama sekali dengan gaya hidup.. tak faham lagi ker… biarlah… “Ye ker?” (Nada salah seorang kenalan ku yang seolah-olah tak percaya mendengar nya )… lantaklah apa orang nak menilai diriku lepas ni...

Yang penting, niatku yang asal untuk adalah untuk membantu sekiranya termampu sahabat-sahabat yang senasib, yang boleh berubah…alhamdulillah… dan yang tak boleh berubah… aku akan bantu dalam mengurangkan kemudaratan (harm reduction)….. selagi terdayaku… Kerana aku percaya yang aku sekarang ini telah berjaya  berubah… sahabat senasibku pun boleh berubah juga… Niat tu kena ada, sebab sekali niat itu ada dalam hati seseorang hambaNya itu,  maka seribu kali Allah akan membantu hambaNya itu untuk berubah… Insya Allah..

Nukilan

 InsyaAllahBro


Ahad, 11 September 2016

Memahami maksud PLU dan sewaktu dengannya...

Sumbernya boleh dapatkan disini..

PLU, LGBT, Gay, Lesbian, Pengkid, Homoseks, Biseks, Pondan, Bapok, Mak Nyah... apakah ia???

 

Apa yang korang faham dengan maksud PLU? PLU tu datang dari perkataan 'People Like Us'.. pendapat orang mengenai PLU tu apa benda berbeza-beza.. ada yang mengatakan PLU tu exclusive untuk gay.. maksudnya 'gay = PLU'.. so, ada yang kata lah, yang biseksual tu bukan dari kalangan PLU.. ada pula yang pernah chat dengan aku kata bagi dirinya 'gay dengan PLU' tu pula berbeza maksudnya.. gay tu macam orang yang dah terlalu songsang sangat.. tapi kalau PLU mereka takde lah songsang sangat.. songsang di sini merujuk kepada lifestyle.. maksudnya 'gay' adalah individu yang suka cari seks, banyak skandal, jenis yang memang sosial.. tapi PLU pula jenis yang moderate.. takde lah expose-expose sangat.. mungkin lebih kepada discreet macam tu lah.. tu mengikut pendapat orang yang aku pernah chat lah.. ada pula yang kata, PLU ni exclusive untuk golongan songsang lelaki je.. lesbian, pengkid tu semua, bukan sebahagian dari PLU.. but then, ada pula perempuan lesbian and pengkid pun guna perkataan PLU tu untuk refer golongan mereka gak..

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan PLU?

Pada pandangan penulis, (PLU according to Encik Putera) PLU tu sama ertinya dengan LGBT..

PLU = LGBT

Dengan kata lain, PLU tu merujuk kepada empat kolongan ini iaitu Lesbian, Gay, Bisexual dan juga Transgender.. so, kalau mengikut permahaman dan pendapat penulis, keempat-empat golongan ni juga adalah sebahagian dari PLU.. maka, PLU tu tak exclusive untuk gay sahaja, tapi juga merujuk kepada golongan lesbian, biseksual dan juga transgender.. so, sekali lagi, PLU tu sama sahaja bila kita fikir mengenai term LGBT..

for me,      PLU = LGBT

but, PLU dan LGBT pun ada bezanya juga dari segi level nye..


Term LGBT bagi penulis mempunyai maksud yang terlalu formal, PLU pula lebih santai.. pun begitu, PLU dari segi tanggapan orang pula macam satu perkataan yang lebih sopan/polite berbanding kalau dengan perkataan LGBT.. usually lah kalau kita guna perkataan LGBT, ianya bunyi yang agak kasar, provokatif dan negatif.. tapi kalau kita guna perkataan PLU pula, ianya bunyi yang lebih sopan dan santai.. kalau nak faham macam perbezaan antara perkataan 'saya' dengan 'aku' lah.. 'saya' lebih sopan, tapi 'aku' macam kasar bunyi nye.. so, bagi golongan ini di Malaysia khususnya, mereka lebih prefer kata 'aku ni orang PLU' berbanding 'aku ni orang LGBT'.. sebab LGBT ni aura nya agak negatif dan provokatif, tapi PLU pula aura yang lebih sopan dan santai.. so, tu lah yang membezakan antara PLU dengan LGBT..

Rabu, 7 September 2016

Sakitnya Hati ini...Adooiii...


Rasa lawak pun ada, sakit hati pun ada. Bila seseorang itu mengaku dirinya PLU, syaratnya kena buat “benda” tu dengan pasangan sejenis dengannya. Betul ke?? Siap ada pula yang cakap kat aku “Kau PLu.. hmmm, bohonglah tak pernah buat “benda” tu? .. “ Tak percayalah”… Dan ada yang lagi “baik” siap offer lagi… “Bro, nak try tak… jomlah try, sekali kena nak lagi” “Bro jadi top ker, bottom ker, flexi ker” [Istilah ini aku pelajari melalui pembacaan ku yer… tak lebih dari tu]...

Aku tak nafikan, majoriti PLU memang berkehendakkan “benda” itu (berulangkali aku mention benda ni pada blogku yang lepas)… tapi harus diingat masih terdapat golongan PLU yang minoriti ini masih dapat bertahan daripada melakukan “benda” tu sehinggalah sekarang.  Nauzubillah… minta dibiaskan.

Aku akan bicarakan sedikit masa lagi mengenai topik “ketagihan” yang mana sesuatu benda yang mendatangkan keseronokan itu memang susah untuk kita berhenti sekiranya kita mula melakukannya dan meneruskan perlakuan tersebut secara berulang-ulang kali. Seperti yang sahabat perlu maklum “ketagihan” adalah suatu penyakit, dan sekali berjangkit, memang payah nak berhenti. So nasihat aku kepada sahabat PLU ku yang masih dapat bertahan, alhamdulillah… bertahanlah daripada melakukan “benda” itu yer (kalau percentage PLU kau dalam lingkugan 50/50… cepat2lah kahwin… macam aku nih)…

Apa pun, terpulanglah sahabat-sahabat, siapalah yang suka-suka je nak mengaku dirinya PLU kan? Sebab ia bukan boleh dibuat main-main. Sebab ia melibatkan maruah seseorang itu. Dan aku nak maklumkan sekali lagi, bukan semua PLU itu jahat dan akan masuk neraka… Dan bukan semua yang bergelar PLU itu mesti melakukan “benda” tu tau… masih terdapat golongan PLU yang macam kami ini masih dapat menjaga diri kami daripada terus terpesong daripada landasan Allah SWT..

Tak pe lah sahabat, tak percaya tak apa… Hanya Allah SWT yang mengetahui kebenarannya. Wallahualam…

Nukilan

 InsyaAllahBro


Isnin, 5 September 2016

Berkawan itu tak salah

Rata-rata feedback yang aku dapat adalah perspektif negatif di kalangan masyarakat mengenai PLU itu. Akan tetapi, bagiku masih ada terselit secebis kebaikkan, asalkan halatuju hidup itu tidak terpesong daripada landasan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Seperti yang aku kata sebelum ini di dalam blogku yang lepas, semua ciptaan Allah SWT itu ada hikmah sebaliknya dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahuiNya.

Berkawan sesama PLU atau pun dengan sesiapa sahaja bukan semestinya untuk tujuan ke arah “ benda” tu [tak payahlah aku describe kat sini sebab majoriti memang expert  dan lebih arif mengenai "benda" tu…]. Bukan semua PLU yang mahukan ke arah “benda" tu walaupun majoriti berkehendakkannya. Korang perasan tak, nilai “caring” golongan PLU ni nampak begitu lain dari yang lain. Ada sedikit-sedikit bercirikan feminin (Bagi pendapat akulah) Kalau dah kenal seseorang tu, nak sangat kenal dengan lebih rapat, sanggup ber sms, sanggup ber wasap atau ber chat setiap hari. Sampaikan waktu pagi akan berebut-rebut siapa yang akan ucap selamat pagi kat masing-masing. Bila aku buat perkara ni kat kawan-kawan aku yang str8 sebelum ni, diaorang akan rasa semacam kat aku, jadi geli-geleman… "Apasal kau ni bro?” ," Buang tebiat ke kau ni?”," Kau ni lain macam je aku tengok?”, "Kau ni bro, Gay eh??”…. 

Kecik hati beb… bila kengkawan cakap macam tu kat aku. Aku ikhlas berkawan, tak de apa-apa pun sebenarnya yang aku mahukan. Sekadar ambil berat jer. Salah ke tuh?? Tapi bila aku berkawan dengan kawan-kawan se PLU dengan ku [walaupun sekadar chatting], bila aku ucap selamat setiap hari, sahabatku itu akan membalasnya semula, aku rasa dihargai, bila aku hantar FB chat banyak kali setiap hari pun, msg aku dibalasnya, tanpa banyak songeh… hmmm… oklah tu… sama-sama sekepala kan… Cuma terus terang aku nak cakap, naluri aku ni tak sampai lagi ke arah yang membawa kehancuran kepada diriku dan juga kepada mereka yang aku bersahabat, malah aku ingin membantu sekiranya ia diizinkan oleh Allah SWT… Insya Allah… 

Alhamdulillah,  aku sampai sekarang walaupun mempunyai naluri PLU ini, aku masih tidak lagi terpesong, mahupun tersasar jauh (klik disini)

Ini luahan hatiku
Persahabatan yang sejati adalah persahabatan yang diredai Allah SWT

Wallahualam


InsyaAllahBro


Ahad, 4 September 2016

Boleh berubah...

Bukan diminta pun dilahirkan untuk mempunyai naluri seperti ni. Tapi hakikatnya kejadian Allah SWT itu tak pernah sia-sia mahupun tiada tujuan disebaliknya. Semuanya mengandungi himah yang hanya Allah SWT mengetahuinya.. Asalkan kita sebagai hamba Nya perlu sedar untk mengubahnya dan memastikan hala tuju kita ini diredai Allah SWT.

Seperti yang telah aku ungkapkan pada blogku yang lepas, bukan semua yang bergelar PLU itu akan masuk neraka. Bukan semua PLU itu jahat dan semua PLU perlu disisihkan oleh masyarakat. Kita ini siapa sebenarnya untuk menghukum golongan ini, dan adakah kita yang rasa diri kita yang kononnya sempurna ini cukup bagus? Cukupkah amal kita hinggakan kita rasa kita ini seperti tuhan menghukum golongan PLU ini? Kita semua akan masuk syurgakah? Yakinkah kita? Jawapannya, hanya Allah sahaja yang tahu..

Kita menunding satu jari menyalahkan golongan ini, tapi perasan tak, baki 4 jari lain menunding ke arah si penunding jari itu. So siapa yang lagi salah sebenarnya??

Bagiku yang dikategorikan sebgai golongan PLU ini bukanlah sebenar-benarnya mahu aku menyalahkan sang maha Pencipta, yakni Allah SWT. Pada permulaannya mungkin jawapannya, Ya… (Ya Allah, ampunilah diriku yang lemah ini). Sebab pada mulanya aku malu yang amat sangat, manalah mungkin aku dapat menerima yang sepatutnya kita misalnya dilahirkan sebagai lelaki  yang diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk hidup berpasangan dengan insan bergelar perempuan. Tapi bila adanya naluri ini, kita tak boleh lari daripada meminati mahupun mencintai golongan yang sama jenis dengan kita sendiri… nuzubillah hu minazzalik… tapi inilah hakikatnya… mahu tak mahu, pahit macam mana sekalipun kenyataan ini, ia harus ditelan oleh sang punya badan itu.

Apapun, bagiku Allah SWT sebenarnya sayangkan semua hambaNya, tak terkecuali golongan PLU macam kita ni. Kita semua sama sahaja di sisi Allah SWT.  Yang penting amal dan taqwa kita kepada Allah SWT.  Yang penting, kita sebagai hambaNya harus bertekad untuk berubah. Walaupun naluri PLU itu kekal dalam diri kita buat selama-lamanya, asalkan kita sebagai hambanya dapat mengawalnya, dapat mensupresssnya, ia adalah seperti jihad .

Wallahualam



InsyaAllahBro