Ahad, 4 September 2016

Boleh berubah...

Bukan diminta pun dilahirkan untuk mempunyai naluri seperti ni. Tapi hakikatnya kejadian Allah SWT itu tak pernah sia-sia mahupun tiada tujuan disebaliknya. Semuanya mengandungi himah yang hanya Allah SWT mengetahuinya.. Asalkan kita sebagai hamba Nya perlu sedar untk mengubahnya dan memastikan hala tuju kita ini diredai Allah SWT.

Seperti yang telah aku ungkapkan pada blogku yang lepas, bukan semua yang bergelar PLU itu akan masuk neraka. Bukan semua PLU itu jahat dan semua PLU perlu disisihkan oleh masyarakat. Kita ini siapa sebenarnya untuk menghukum golongan ini, dan adakah kita yang rasa diri kita yang kononnya sempurna ini cukup bagus? Cukupkah amal kita hinggakan kita rasa kita ini seperti tuhan menghukum golongan PLU ini? Kita semua akan masuk syurgakah? Yakinkah kita? Jawapannya, hanya Allah sahaja yang tahu..

Kita menunding satu jari menyalahkan golongan ini, tapi perasan tak, baki 4 jari lain menunding ke arah si penunding jari itu. So siapa yang lagi salah sebenarnya??

Bagiku yang dikategorikan sebgai golongan PLU ini bukanlah sebenar-benarnya mahu aku menyalahkan sang maha Pencipta, yakni Allah SWT. Pada permulaannya mungkin jawapannya, Ya… (Ya Allah, ampunilah diriku yang lemah ini). Sebab pada mulanya aku malu yang amat sangat, manalah mungkin aku dapat menerima yang sepatutnya kita misalnya dilahirkan sebagai lelaki  yang diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk hidup berpasangan dengan insan bergelar perempuan. Tapi bila adanya naluri ini, kita tak boleh lari daripada meminati mahupun mencintai golongan yang sama jenis dengan kita sendiri… nuzubillah hu minazzalik… tapi inilah hakikatnya… mahu tak mahu, pahit macam mana sekalipun kenyataan ini, ia harus ditelan oleh sang punya badan itu.

Apapun, bagiku Allah SWT sebenarnya sayangkan semua hambaNya, tak terkecuali golongan PLU macam kita ni. Kita semua sama sahaja di sisi Allah SWT.  Yang penting amal dan taqwa kita kepada Allah SWT.  Yang penting, kita sebagai hambaNya harus bertekad untuk berubah. Walaupun naluri PLU itu kekal dalam diri kita buat selama-lamanya, asalkan kita sebagai hambanya dapat mengawalnya, dapat mensupresssnya, ia adalah seperti jihad .

Wallahualam



InsyaAllahBro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan