Sabtu, 17 September 2016

Malaslah nak terangkan lagi...


Dah malas aku nak terangkan kat semua orang. Asyik sahaja akan tanya soalan yang sama, tak membina... "Sebab apa yer kau jadi cam ni?? Kau ni tak tahu malulah…" "Senang je nak berubah lah… kau saje je jadi macam ni.." (Ingat macam main2 je yer nak berubah sekelip mata)

Aku ni samada golongan minoriti ker, golongan majoriti ker… kalau dasar PLU tetap PLU…. Jahat semuanya… tak eloklah.... masuk nerakalah…

Sampai satu tahap bila aku cuba hubungi sahabat yang “katanya” str8, tetiba jadi cuak dan takut semacam kat aku, macam lah aku ni akan ada niat jahat lah… akan buat itulah.. inilah… yer lah kita ni jahatlah katakan..

Tak apelah.. Allah sahaja yang Maha Mengetahui, samada aku ni pernah buat jahat ke tak....(Itu pasal aku sampai mati pun takkan revealed my identity… sebab aku rasa kecewa sangat)

Walhal aku dah beritau dan terangkan banyak kali, aku ni jiwa jer bro.. dan jiwa itu tak sama sekali dengan gaya hidup.. tak faham lagi ker… biarlah… “Ye ker?” (Nada salah seorang kenalan ku yang seolah-olah tak percaya mendengar nya )… lantaklah apa orang nak menilai diriku lepas ni...

Yang penting, niatku yang asal untuk adalah untuk membantu sekiranya termampu sahabat-sahabat yang senasib, yang boleh berubah…alhamdulillah… dan yang tak boleh berubah… aku akan bantu dalam mengurangkan kemudaratan (harm reduction)….. selagi terdayaku… Kerana aku percaya yang aku sekarang ini telah berjaya  berubah… sahabat senasibku pun boleh berubah juga… Niat tu kena ada, sebab sekali niat itu ada dalam hati seseorang hambaNya itu,  maka seribu kali Allah akan membantu hambaNya itu untuk berubah… Insya Allah..

Nukilan

 InsyaAllahBro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan