Rabu, 6 September 2017

Coretan dari seorang rakan

Assalamualaikum kengkawan..

Kali ni aku share coretan seorang rakan (Jxx Rxx) yang bagiku seideologi dengan ku dan nawaitu untuk melakukan perubahan bukan sahaja untuk dirinya bahkan untuk para sahabat yang lain
.........

Assalamualaikum dan salam perkenalan..
Saya sangat tertarik dengan cerita2 dari ahli group ni yang kebanyakannya lebih kurang sama macam saya. Thanks admin bagi peluang saya join group ni.

Beberapa perkara telah saya belajar mengenai nafsu sepangjang hidup saya sebagai gay. Saya dulu seorang gay tegar(tiada nafsu dan perasaan langsung kepada wanita) tapi saya bersih dari kegiatan gay. Alhamdulillah.. But I do my own thing.

I looked like a boy, behave like a boy. Girls like me. But secretly I fancy boys..

Pernah jugak tertanya2 kenapa saya diberi ujian sebegini. Bila difikirkan balik sama juga dengan orang cacat anggota badan, mesti mereka juga ada rasa yang sama. Saya sekarang tak lagi dibelenggu pertanyaan itu sebab saya yakin sangat2 bahawa Allah Maha Mengetahui lebih dari apa yang kita tahu. Sedangkan nk argue orang bijak pandai pun kena pikir dua tiga kali inikan pulak nk argue dengan Maha Pencipta. Tak layak sama sekali.

Bagi saya gay adalah manusia yang telah terlanjur mencintai sesama jenis. Tak kira la dari usia berapa dan apa yang membuatkan dia tertarik pada mulanya, kemudian nafsu dan perasaan itu dipupuk dari masa ke semasa sehingga dia mengagungkan sosok dan jiwa kaum sejenisnya itu.

Masa kecil saya pernah ada kawan yang suka merosakkan barang. Paling teruk dia suka membunuh binatang2 kecil seperti anak ayam, anak kucing, hamster dan sebagainya. Tabiat buruk itu berhenti ketika dia masuk ke sekolah rendah. Disebabkan dari tabiat yang suka memusnahkan itu dia disisih kawan dan dimarah cikgu lalu dia ambil keputusan untuk berubah. Sama juga seperti pencuri dan penipu. Bila mereka tahu perbuatan itu salah dan boleh dihukum lalu mereka pun berhenti.

Gay cuma perasaan. It’s just a feeling and it won’t hurt anyone. Itulah yang menyokong gerakan gay rights untuk meneruskan agenda mereka. Kalau dari kecil mereka rasa ia tidak bahayakan sesiapa, jadi kenapa perlu dihentikan. Hakikatnya ia akan mengundang bahaya kepada diri mereka pada masa depan dan juga generasi selepas mereka. Dari perasaan yang dilayan dan diturutkan hingga kepada kemahuan yang lebih besar dan akhirnya lari dari fitrah. Dengan itu terjadinya transgender, sex bebas, gay, lesbian dan seangkatan dengannya. Semuanya kerana terlalu mengikutkan nafsu dan sudah tentu ia disokong oleh musuh Islam iaitu syaitan nirrojim.

Nafsu selalu inginkan lebih. Level to level. Kebiasaannya nafsu ni ditemani syaitan yang menyokong mereka. Walaupun kepada insan normal, syaitan sentiasa menyokong nafsu mereka untuk merasai nikmat sebelum ia dihalalkan oleh Allah.

Level gay diukur mengikut tahap ketelanjuran. Lagi jauh ketelanjuran mereka lagi susah untuk mereka lupakan. Lagi jauh mereka pergi lagi sukar untuk pulang. Nafsu akan minta untuk ke next level. Sama macam kita menikmati sesuatu makanan. Kalau sedap mesti nak lagi. You know what I mean...

Orang yang boleh mengawal gelora nafsu itu orang yang beriman dan sabar. Namun gelora itu pasti ada disimpan sehingga dihalalkan oleh Allah.

Bagi lelaki, membesar sebagai gay membuatkan mereka melupakan kepada nafsu dan perasaan kepada wanita. Nafsu songsang telah mendominasi. Sekali anda beri mereka ’makan’ mereka akan kenyang dan anda pun lega. Esok lusa mereka(nafsu songsang) akan minta lagi dengan lebih banyak. Jadi tiada ruang untuk nafsu normal kerana sering dilupakan.

Nafsu normal adalah seperti arang dan nafsu songsang seperti bara. Nafsu normal duduk diam dilubuk hati dan langsung tidak dirasai. Ia tidak disentuh dan dipupuk. Terkurung sepi diabaikan. Ia tidak pernah membesar dan tiada cita-cita. Maka diamlah ia disitu.

Namun begitu tidak mustahil untuk menghidupkan rasa cinta kepada wanita. Sedangkan manusia normal pun boleh terjebak dengan gay, mesti gay pun boleh terjebak mengikut fitrah. Apa yang mereka perlu adalah percikan api atau permulaan untuk menghidupkan nafsu normal mereka yang seperti arang itu menjadi bara. Dari bara ia kemudian membakar. Dari membakar ia terus merebak menerokai keseronokan dan rasa ingin tahu. Rasa bahang di dada dan udara panas mulai dihembus. Jantung berdegup pantas kadangkala sesak. Itulah gelora. We start it over again like how we used to do with the gay feeling in the first place. Inilah masa paling sesuai untuk mengabaikan nafsu songsang walaupun kadangkala ia datang memberontak. Brace yourself. Jangan sampai ia kembali mendominasi dan nafsu normal pula kalah lalu tunduk.

Saya terkesan bila membaca kisah kaum Nabi Lut (as). Beliau pernah memberitahu Malaikat Jibril (as) bahawa mereka(Kaum Lut) adalah kaum yang paling buruk yang pernah ada di muka bumi ini. Allah telah melaknat kaum Lut dengan kemusnahan paling dasyat yang pernah diturunkan dalam sejarah ketamadunan manusia. Rasullullah (saw) juga tidak mengaku kaum kelakuan songsang ini sebagai umat. Apa lagi alasan untuk teruskan menternak perasaan songsang ni?

Nafsu normal anda seperti arang yang boleh dinyalakan. Buatlah sesuatu..

Amaran: Menonton bahan lucah dan onani adalah haram. Silalah kahwin kerana Allah. Kerana ingin berada di laluan fitrah.


Dan satu lagi yang saya nak beritahu bahawa Hawa adalah ciptaan Allah yang sangat indah. Subhanallah..





Jxx Rxx





 

Selasa, 29 Ogos 2017

Lama tak menjengah kat laman blog aku sendiri

Salam buat semua sahabat ku yang dikasihi,

Kiranya dah lama aku tinggalkan  "rumah" (blog) yang aku bina ni.. dah bersawang nampaknya yer..
Al-maklumlah sibuk sekarang ni dengan komitmen kerja..
Apapun dah banyak benda berlaku semenjak aku membina blog ni sehinggalah sekarang..
Anugerah yang ada dalam diri ni walau rasa pada mulanya agak sukar diterima akal tapi lama kelamaan kita kena terima.. yang penting kita janganlah jadikan alasan untuk menjerumuskan diri kita ni ke dalam lembah yang hina-dina..
Sebut pasal kawan-kawan yang seangkatan, hahahaha..
Naper ketawa ni..
Hmmm.. bermacam-macam ragam yang aku temui ngan kawan-kawan aku ni.. kira banyak jugak yang aku telah berkawan (alam maya jer...)

Ada yang unfriend aku lepas permintaan nya ditolak.. permintaan?? Apa tu?? Hahaha... ada yang ajak aku buat benda tu..."Nak try tak" "Baru-baru memang tak best".. lama-lama mesti ketagih.. Ni aku tak berani.. memang aku akui ada anugerah ni.. tapi untuk mencubanya, aku masih waras lagi.. memang ku tahu benda tu kalau dah pernah cuba sekali memang tak boleh nak berhenti sebab ramai yang cakap macam tu (so adik-adik yang sama seangkatan, jangan lah cuba benda ni sebab amat susah untuk berhenti...)

Ada pulak yang unfriend aku lepas tak puas hati untuk melihat siapa diriku yang sebenar.. Hehehe.. ni pun salah satu spesis yang nak tengok muka aku je.. ala bro..ala adik.. abang ni tak hensem pun.. tak payah lah nak tengok...

Ada yang satu ni yang unfriend sebab tak dapat tengok "body" part aku.. hahaha.. nak tengok my chest lah (aku sado?? hahaha.. ye kot).. errr... my "anu" pun nak tengok ke... wehhh.. ini dah lebih..
Bak kata sahabatku RS.. sekadar kengkawan je.. tak lebih dari tu... ya betul..

Ada friendku kat sini yang alhamdulillah.. dapat aku jumpa.. lebih kepada perjumpaan usrah.. bagi membantu dan bertukar pandangan bagaimana untuk menjadi lebih baik.. dan yang penting ingin berubah..


Apa pun sahabat..
Akan ku coretkan kalau aku larat

Adios babe

InsyaAllah BRO..
Kau boleh bah..