Selasa, 29 Ogos 2017

Lama tak menjengah kat laman blog aku sendiri

Salam buat semua sahabat ku yang dikasihi,

Kiranya dah lama aku tinggalkan  "rumah" (blog) yang aku bina ni.. dah bersawang nampaknya yer..
Al-maklumlah sibuk sekarang ni dengan komitmen kerja..
Apapun dah banyak benda berlaku semenjak aku membina blog ni sehinggalah sekarang..
Anugerah yang ada dalam diri ni walau rasa pada mulanya agak sukar diterima akal tapi lama kelamaan kita kena terima.. yang penting kita janganlah jadikan alasan untuk menjerumuskan diri kita ni ke dalam lembah yang hina-dina..
Sebut pasal kawan-kawan yang seangkatan, hahahaha..
Naper ketawa ni..
Hmmm.. bermacam-macam ragam yang aku temui ngan kawan-kawan aku ni.. kira banyak jugak yang aku telah berkawan (alam maya jer...)

Ada yang unfriend aku lepas permintaan nya ditolak.. permintaan?? Apa tu?? Hahaha... ada yang ajak aku buat benda tu..."Nak try tak" "Baru-baru memang tak best".. lama-lama mesti ketagih.. Ni aku tak berani.. memang aku akui ada anugerah ni.. tapi untuk mencubanya, aku masih waras lagi.. memang ku tahu benda tu kalau dah pernah cuba sekali memang tak boleh nak berhenti sebab ramai yang cakap macam tu (so adik-adik yang sama seangkatan, jangan lah cuba benda ni sebab amat susah untuk berhenti...)

Ada pulak yang unfriend aku lepas tak puas hati untuk melihat siapa diriku yang sebenar.. Hehehe.. ni pun salah satu spesis yang nak tengok muka aku je.. ala bro..ala adik.. abang ni tak hensem pun.. tak payah lah nak tengok...

Ada yang satu ni yang unfriend sebab tak dapat tengok "body" part aku.. hahaha.. nak tengok my chest lah (aku sado?? hahaha.. ye kot).. errr... my "anu" pun nak tengok ke... wehhh.. ini dah lebih..
Bak kata sahabatku RS.. sekadar kengkawan je.. tak lebih dari tu... ya betul..

Ada friendku kat sini yang alhamdulillah.. dapat aku jumpa.. lebih kepada perjumpaan usrah.. bagi membantu dan bertukar pandangan bagaimana untuk menjadi lebih baik.. dan yang penting ingin berubah..


Apa pun sahabat..
Akan ku coretkan kalau aku larat

Adios babe

InsyaAllah BRO..
Kau boleh bah..