Isnin, 5 September 2016

Berkawan itu tak salah

Rata-rata feedback yang aku dapat adalah perspektif negatif di kalangan masyarakat mengenai PLU itu. Akan tetapi, bagiku masih ada terselit secebis kebaikkan, asalkan halatuju hidup itu tidak terpesong daripada landasan yang ditetapkan oleh Allah SWT. Seperti yang aku kata sebelum ini di dalam blogku yang lepas, semua ciptaan Allah SWT itu ada hikmah sebaliknya dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahuiNya.

Berkawan sesama PLU atau pun dengan sesiapa sahaja bukan semestinya untuk tujuan ke arah “ benda” tu [tak payahlah aku describe kat sini sebab majoriti memang expert  dan lebih arif mengenai "benda" tu…]. Bukan semua PLU yang mahukan ke arah “benda" tu walaupun majoriti berkehendakkannya. Korang perasan tak, nilai “caring” golongan PLU ni nampak begitu lain dari yang lain. Ada sedikit-sedikit bercirikan feminin (Bagi pendapat akulah) Kalau dah kenal seseorang tu, nak sangat kenal dengan lebih rapat, sanggup ber sms, sanggup ber wasap atau ber chat setiap hari. Sampaikan waktu pagi akan berebut-rebut siapa yang akan ucap selamat pagi kat masing-masing. Bila aku buat perkara ni kat kawan-kawan aku yang str8 sebelum ni, diaorang akan rasa semacam kat aku, jadi geli-geleman… "Apasal kau ni bro?” ," Buang tebiat ke kau ni?”," Kau ni lain macam je aku tengok?”, "Kau ni bro, Gay eh??”…. 

Kecik hati beb… bila kengkawan cakap macam tu kat aku. Aku ikhlas berkawan, tak de apa-apa pun sebenarnya yang aku mahukan. Sekadar ambil berat jer. Salah ke tuh?? Tapi bila aku berkawan dengan kawan-kawan se PLU dengan ku [walaupun sekadar chatting], bila aku ucap selamat setiap hari, sahabatku itu akan membalasnya semula, aku rasa dihargai, bila aku hantar FB chat banyak kali setiap hari pun, msg aku dibalasnya, tanpa banyak songeh… hmmm… oklah tu… sama-sama sekepala kan… Cuma terus terang aku nak cakap, naluri aku ni tak sampai lagi ke arah yang membawa kehancuran kepada diriku dan juga kepada mereka yang aku bersahabat, malah aku ingin membantu sekiranya ia diizinkan oleh Allah SWT… Insya Allah… 

Alhamdulillah,  aku sampai sekarang walaupun mempunyai naluri PLU ini, aku masih tidak lagi terpesong, mahupun tersasar jauh (klik disini)

Ini luahan hatiku
Persahabatan yang sejati adalah persahabatan yang diredai Allah SWT

Wallahualam


InsyaAllahBro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan