Sabtu, 29 Oktober 2016

Syukur kepadaMu Ya Allah.. di kala aku diuji… engkau kirimkan hamba-hambaMU untuk membantuku agar aku tidak tersesat..…



Laut mana tak bergelora, bumi mana yang tidak basah ditimpa hujan. Semua hambaNya tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Begitu juga dengan diriku juga tak terlepas daripada diuji untuk meminati kaum sejenis dengan ku…nauzubillah…Memang tidak dapat dielakkan bila kita mempunyai naluri PLU ini, yer tak. (Kalau korang baca artikel blog aku sebelum ni pasti korang tahu betapa aku struggle giler untuk memastikan aku tidak tersasar)  Tapi syukur, di kala aku diuji, ada juga sahabat-sahabat aku di laman sosial yang tak putus-putus memberikan nasihat yang amat berguna (ada juga yang memberikan nasihat yang sebaliknya) untuk aku jadikan pedoman agar aku tidak terlajak jauh.

Peristiwa ini berlaku agak baru lagi. Dalam aku cuba memberikan nasihat kepada sahabat-sahabatku, aku secara tak sengaja meminati salah seoarang sahabatku ini. Memanglah tak dinafikan perasaan ini sangat indah, sangat mengasyikkan, ye lah.. aku tak nafikan dengan naluri PLU yang ada dalam diri, aku tak terlepas untuk terbabit dalam percintaan sonsang ini, tapi akhirnya aku mula realized (mungkin Allah dah beri petunjuk kepadaku)… perhubungan  ini salah sama sekali dan dilarang serta dilaknati Allah SWT. Syukur Alhamdulillah, ada seorang sahabatku di laman social yang telah memberikan aku nasihat yang aku rasakan amat berguna dan ia telah dapat membantu aku serta membuatkan aku tersedar supaya aku tidak tersasar...

Aku namakan sahabat aku ini sebagai RS… dan di bawah ini adalah butiran perbualan aku dengan RS. Untuk memudahkan bahasa yang kami gunakan, aku telah mengolah sedikit bagi membolehkan ia dapat difahami oleh para pembaca di blog aku ini.

Perbualan antara aku dan RS

InsyaAllahBro: Assalamualaikum bro, Aku nak tanya kau bro... Kau ada pengalaman kan... aku nak tanya macam mana nak menolak cinta sejenis ye.. aku hampir terperangkap ni….

RS: Waalaikumsalam…Aish…. Kan kan selama ni kau boleh tolak…..Apa dah jadi ni ..hahaha….

InsyaAllahBro: Ishh... Ini kan dugaan bro..

RS: Iyelah.. maksud aku ni ada sesuatu yang berlaku ker??

InsyaAllahBro: Sekarang ini situasinya lain.. Alhamdulillah... belum jadi lagi lah bro.. Aku kenal abang ni.. umur dalam lingkungan xx tahun.. lebih tua dari kita.. Aku tak sangka keprihatinan aku bertanyakan khabar setiap hari buatkan dia jatuh hati kat aku.. Memanglah tak jadi lagi bro.. just chatting je.. Tapi dia dah mengayat kat aku sampai aku pun dah nak jadi “cair”.. (maknanya jatuh hati)

RS: Hehe…. ni aku tak ayat lagi kan kat engkau dari awal ..hahaha..

InsyaAllahBro: Huhuhu.. susahkan bila kita punyai naluri ni..

RS: Kau dah xx tahun hidup dan tak pernah lagi menyentuh mana-mana tubuh lelaki (sebagaimana kau admit kat aku) dan kau kenal seseorang sekarang yang hanya berchatting dengan kau dan kau nak korbankan apa yang telah kau pertahankan selama ini. In my world, I have never met any PLU who NEVER HAD homosexual activity other than you

RS: So I took you by surprise really. Aku secara jujur..antara percaya dengan tidak..wujud orang macam kau... Sebab being PLU - Your sex drive is too high and uncontrollable at times... So spiritually, what you have achieved is too applaudable... and RARE. So aku memang macam percaya dengan tidak percaya

InsyaAllahBro: Demi Allah, percaya atau tak bro... aku memang tak pernah.. itu yang ramai tak percaya..

RS: Tapi aku respek org. Sebab tak samua orang itu sama perjalanan hidup. Jadi atas dasar itu aku fkir kau bercakap benar dan kau ni jujur dengan aku. Jadi sekarang...kau di satu persimpangan - kau kenal seseorang yg menjadi taste engkau. Kau yang kebal bertahun selama ini. Jadi sekarang nasihat aku mudah jer. Stop this madness. Jangan kau punahkan kesucian kau selama ini. Sekali terjebak - susah untuk kau hendak patah balik. You are A FATHER & A HUSBAND. Remember why you didn’t do it. Remember why you brought up your family into this world. Remember why you are khalifah to your wife and anak-anak. Antara dua garisan...dosa dan pahala. Mudah saja kite tersasar sebenarnya. Halus je garisan tu... Kau kumpulkan semua kebaikan kau sepanjang hidup.. dan jangan MUSNAHkan sekelip mata di hujung usia kau sekarang. Ada orang MUSNAHkan hidup sepanjang hidup….dan sujud di hujung usia.. kau pula jangan musnahkan hidup engkau di hujung usia. Itulah antara 2 garisan... Fikirkankanlah. Kau suci. Kau bersih. Jangan nodai diri kau dengan kekotoran dengan orang yang sepatutnya kau tinggalkan. Dan jangan kau ambil alih tempat lama yang semenangnya orang lain dah tinggalkan demi nafsu kita yang bodoh ni. Aku sayang kau sebab kau special pada aku - bukan sebab nafsu. Aku sayangkan kau sebab kau bersih

InsyaAllahBro: Thanks bro... aku pun sayangkan kau sebagai sahabat aku yang boleh menolong aku di kala aku tersepit sekarang ni..

RS: Aku tak akan kata apa-apa sekiranya orang itu pernah bergelumang dengan dosa sebelum ini. Tapi aku tak rela tengok orang yang tak pernah buat benda-benda keji seperti kau bro dalam sekelip mata… dan semuanya yang kau telah lama bina dan pertahankan itu berkubur begitu saja. Ingat janji Allah. Ini perang maha dasyat. Sekali kau jawab TIDAK..betapa besarnya pahala yang Allah bagi kat kau.

InsyaAllahBro: Betul tu bro... ini dikira jihad dalam menentang hawa nafsu.. Bro... aku sangat hargai kau punya nasihat.. Terima kasih ye bro.. terima kasih... aku hargai nasihat kau itu.. Yang penting, alhamdulillah... aku masih belum lagi terlajak.. Ok bro... aku dengar nasihat kau ni.. Insya Allah.. kita berdua dapat pahala membantu sama lain untuk perkara kebaikan.. Alhamdulillah... Alhamdulillah
  
RS: Untuk kebaikan kau.
  
Alhamdulillah… aku cepat tersedar selepas itu… mungkin inilah pertolongan Allah SWT terhadap hambaNya…  Berikut adalah butiran perbualan aku dengan RS selepas beberapa seketika, aku bertekad untuk tidak melayan sebarang “feeling” aku ini… ….

InsyaAllahBro: Assalamualaikum sahabatku RS. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah SWT yang mengirimkan sahabat-sahabat (kau salah seorang daripadanya) untuk memberikan nasihat kepada ku, aku berjaya utk tidak terjebak bro.... syukurkepadamuyaallah..

RS: Wassalam. Alhamdulillah. Jadi apa yg berlaku?

InsyaAllahBro: Tak jadi apa-apa pun RS.. Alhamdulillah...kawan tetap kawan sebab islam tak menggalakkan kita memutuskan ikatan silaturrahim...

RS: Bukan, maksud aku ada tak kau cakap kat dia...No sex, no ke arah maksiat etc.. chat je, ok

InsyaAllahBro: Yup bro...no sex..

RS: Then baguslah… Alhamdulillah.. Kau everytime kenal PLU... harus disulami dengan sesuatu kene cakap "utk kenal2 je... sex etc memang tak akan" Then kau akan boleh tahu siapa diaorang dan apa motif diaorang….

InsyaAllahBro: Betul tu RS

RS: Kalau diaorang stay longer and act professionally macam kawan-kawan straight yang lain so diaorang honest. Tapi, kalau senyap dah lepas2 tu ... paham ajelah ye

InsyaAllahBro: Betul tu bro... masuk ni dah x orang yang unfriend , bila aku cakap untuk kawan sahaje and no sex..

RS: Hehe


Hakikatnya… sekarang aku lebih berhati-hati… dan syukur aku ke hadratmMu Ya Allah sebab aku terselamat daripada tersasar…

Nukilan


 InsyaAllahBro

Sabtu, 15 Oktober 2016

AWAN YG TERPLU - I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ;)

Sumbernya boleh di dapatkan di sini

Nukilan salah seorang sahabatku yang aku kenali di FB (yang mahu dikenali sebagai "Awan TerPLU"... aku tabik kat kau adik, walau kau ni PLU.. tapi kau masih lagi boleh bertahan sehingga kini.. dan aku ada memohon keizinannya untuk "share" ceritanya di laman blogku... Terima kasih ye sahabat..

Bermula cerita sahabatku ini:

"1st time aku noticed there was something wasn't right down there is when aku tengok movie orang putih dan jatuh hati kat actor dia yang masculine, bayangkan masa itu umur aku baru 5 tahun. Aku pelik sebab setahu aku lelaki akan berkahwin dengan perempuan, ya mesti dengan perempuan.

Bila kat sekolah aku tak berkawan sangat dengan lelaki, aku lebih rapat dengan budak-budak perempuan. Dia orang suka aku, sebab dia orang kata aku baik dan tak jahat macam budak-budak lelaki yang lain. Kadang-kadang ada jugak budak lelaki yang jerit kat aku cakap aku pondan la, memang la aku malu gila rasa nak mati kalau kena kutuk macam tu depan budak-budak perempuan yang lain. Sebab itu buat aku semakin benci hendak berkawan dangan budak-budak lelaki.

Situasi jadi makin kritikal semasa aku masuk sekolah menengah, walaupun aku sudah tak lembut lagi dan tidak ada budak-budak lelaki lain yang panggil aku pondan tetapi aku mula dapat rasa budak-budak lelaki ni sememangnya ada daya tarikan seksual yang tinggi. Aku memang suka dia orang dalam diam. Sengsara sangat kerana ada naluri seperti ini, sebab itu aku terpaksa "act str8" (berlagak normal) even aku tau aku ni seorang gay.

Aku ingat lagi semasa mata pelajaran Pendidikan Islam diajar dalam kelas, cerita pasal kaum nabi Luth dan balasan yang kaum itu terima akibat perbuatan amalan songsang mereka. Semasa dalam kelas membincangkan hal itu, memang kita orang satu kelas akan mengutuk-gutuk umat nabi Luth itu, aku pun sama-sama ketawa tengok gelagat dia orang, tapi dalam hati aku tuhan sahaja yang tau. Paling cemerlang ialah lakonan aku tidak ada siapa "notice" yang aku ni gay ke apa, so aku tidak pernah disisihkan kawan-kawan disekolah.

Tetapi bila malam aku akan rasa tekanan sangat. Sebab kenapa? sebab kalau Allah kutuk umat nabi Luth kenapa Dia jadikan aku gay, aku tidak mintak pun aku jadi gay. Aku tension sangat lah, geram dengan tuhan sebab aku rasa Dia tidak adil, sampai pernah satu malam tu, aku attempt to commit suicide.

Ya, mati pasti akan menghilangkan penderitaan aku, masa tu aku baru form 2. Mula-mula aku tekap muka aku dengan bantal, konon nak kasi mati lemas tetapi tidak lama, aku tak tahan bila tak boleh menafas, tersedut oksigen jugak, so aku tak jadi mati lah malam tu..yayyy.. 

Pastu aku fikir nak kerat urat tangan aku biar kasi keluar darah, aku ambil pisau "Gillette" tapi tiba-tiba dalam hati aku cakap "hai..berani ker? ko kan takut darah?" so aku tak jadi kerat, selamat lagi.......

Pastu aku fikir, tak best la bunuh diri, lagi pun ustazah aku pernah cakap bunuh diri itu ibarat tempah tiket ke neraka, so aku tak nak tempah tiket ke neraka (nampak tak betapa pendidikan agama memainkan peranan di sini? ) 

Tapi masalah gay aku memang tak settle lagi. Aku asyik la mengomplen, "kenapa tuhan jadikan aku gay?" aku tak nak la jadi gay, aku nak hidup normal.  

Aku cover baik punya depan family, tidak ada siapa yang perasan pun aku ni seorang gay. Dimana-mana pun aku pergi, aku acting baik-baik saja dan orang luar memang menganggap aku ini citizen yang baik, sopan santun dan tidak menggatal pun dengan anak dara mereka (memang la, aku dah tak ada nafsu pun kat dia orang)..

Bila deal dengan lelaki pun aku boleh buat muka selamba, walaupun dalam hati aku bergelora "nak" bagai nak gila, tuhan sahaja yang tau.

Sekali lagi aku dengan beraninya mempersoalkan kenapa Allah jadikan aku gay, walau pun sekadar lintasan pertanyaan didalam hati sahaja, aku benci diri aku, benci sangat naluri gay yang hidup didalam tubuh badan aku..

Nak-nak pulak bila orang disekeliling aku kadang-kadang rujuk aku bila dia orang ada masalah dalam rumah tangga ke, percintaan ke, sebab mereka percaya kat aku untuk memberi pandangan nasihat. Lagi pun Allah kurniakan aku dengan kebolehan mendengar dan mencari solusi (aku sahaja yang tidak tahu nak bersyukur)

Kadang-kadang aku nak aje ludah semula kemuka sendiri, ada ketika diri aku kembali menyindir diri sendiri, "eleh, ko settlekan masalah orang tapi ko tu baik sangat ker?" dan aku jawab dalam hati, "tak baik pun, aku gay" :(

Tetapi walaupun masa tu aku asyik questioning, kenapa Allah jadikan aku gay, aku tetap jaga solat 5 waktu. Kalau subuh terlambat mandi wajib aku tetap qada'. Tak tau la..aku masih tetap takut tuhan, sebab aku tau Dia tu ada dan Dia tengok sahaja apa yang aku buat.

Dan aku tidak pernah tinggalkan solat terawikh semenjak aku berumur 15 tahun lagi, ketika dalam bulan puasa aku tidak akan masturbate tetapi dibulan lain habis lenjan kain pelikat aku dengan air mani, tak mengapa, lepas mandi wajib aku sudah boleh solat. Haaa.....itu sahaja cara aku nak menghilangkan gelora syahwat aku ni daripada aku berzina ya tak? (masturbate tetap haram hukumnya, so kalau boleh jangan amalkan)

Bila aku kerja, ditempat kerja aku ada komputer yang ada internet (nak beli sendiri lambat arr masa tu) so aku suka buka email-email atau baca apa-apa hal berkaitan soal agama dan banyak lah baca cerita pasal komen ustaz, komen tentang gay pun ada. Aku cakap dalam hati " yg ko nak kondem gay ni pehal? karang kasi nafsu songsang tu kat ko baru tau" panas pulak hati.

Kemudian aku terbaca pasal Islam, tentang saudara-saudara muslim di Iraq dan Palestine. Perjuangan mereka dibawa sampai mati.....eh maaf, mereka bukan mati tetapi syahid. Then aku baca lagi keistimewaan pasal syahid. MAK AIH!!!! best giler kalau dapat syahid ni, yang paling best kalau korang baca tentang bagaimana Allah memuliakan jenazah mereka semua ini, sangat istimewa sehingga kita yang hidup ini pun boleh saksikan jenazah mereka yang berbau wangi, wajah mereka yang berseri serta bercahaya seperti tersenyum (kalau rajin google je cerita-cerita tentang mereka yang dapat syahid ni..) 

Then dalam hati aku mula la ada rasa jeles... alah, untung la korang tinggal di negara yang huru hara, berperang dengan musuh Islam sudah tentu ada peluang berjihad. Kita di Malaysia ni mana ada perang-perang macam tu......Tengok?!!......Allah tidak adil lagi dengan aku.. :(

ALLAH TAK ADIL? are u sure? dush......

Masa itu la otak aku tiba-tiba rewind and flashback dan dengar ceramah-ceramah agama yang pernah aku dengar dulu termasuklah apa yang ustaz dan ustazah aku penah cakap...

"Jihad bukan sekadar melawan mereka yang memusuhi Islam, tapi jihad terbesar adalah menentang nafsu sendiri dalam diri.." 

TUUUU DIAA....... masa itulah aku dapat jawapan sebenarnya, kenapa Dia jadikan aku gay. Dia nak kurniakan aku syahid. YA! itu yang aku nak, aku nak  mati syahid. AKU BOLEH DAPAT SYAHID TETAPI DENGAN SYARAT AKU TERPAKSA MELAWAN NAFSU SONGSANG AKU INI, LAWAN SAMPAI MATI. 

Ya Allah, baru aku sedar betapa kasihnya Dia kepada aku. Dia bukan kosong-kosong hendak kasi aku dugaan maha berat seperti ini tetapi Dia nak kasi ganjaran yang sangattt besar kepada aku, dengan syarat aku kena berjihad ke jalanNya, dan aku juga fikir, di akhirat nanti aku juga perlukan syafaat dari junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang kita cintai, bukan datang sebagai umat nabi Luth.

Ini sahaja yang dapat aku kongsikan.

Alhamdulillah, dalam umur aku sudah mencapai 30an, aku tidak pernah terlanjur or whatever.. bukan cakap aku baik pun, memang la aku jahatkan, aku kan gay. Tetapi aku lawan akan lawan sampai mati. Kalau aku boleh, korang pun pasti boleh, aku doakan korang mendapat taufik dan hidayah.

Khamis, 6 Oktober 2016

Dosa ke jadi gay?

Sumbernya boleh dapatkan disini..
Agak menariklah bila aku membaca salah satu post sahabatku ini mengenai isu "Dosa ke jadi gay??" Yang mana aku selalu ungkapkan dalam blog-blog aku yang lepas. Apapun terima kasih kepada sahabatku ini untuk membenarkan ia disiarkan kat blog aku ni...
"Dah lama tak menulis dekat blog. Hewhewhew. Malam nie tergerak nak menulis. Tengok tajuk pun mengancam 'Dosa ke jadi gay?'
Terjumpa caption ni dekat twitter, jadi terasa nak buat sedikit perkongsian.
Bila bertanya pada golongan gay, kenapa jadi gay? Mungkin ada yang jawab, penat dengan kerenah perempuan tapi ada juga yang menjawab, perasaan gay adalah natural inborn. Maksudnya sejak lahir mempunyai perasaan tersebut.
Golongan ini diberi pilihan sama ada ingin mengikut perasaan tersebut atau melawan perasaan itu. Memiliki perasaan gay tak berdosa tapi menjadi dosa apabila ia diterjemahkan ke dalam bentuk perbuatan sehingga berlaku maksiat, perbuatan seks antara dua lelaki.
Kenapa golongan ini diberi perasaan suka sesama jenis?
Sebabnya Allah nak uji golongan ini sama ada mereka mampu lawan atau tidak? Boleh menahan kehendak untuk melakukan seks atau tidak. Jika berjaya menempuh dugaan, ujian tersebut الله  memberi hadiah berupa ketenangan, manakala di akhirat dikurniakan syurga. Insya Allah.😊
Jika difikirkan secara mendalam, sebenarnya ada keindahan memiliki perasaan seorang gay, tak tahu bagaimana hendak disampaikan tapi dengan syarat hanya bermain di perasaan bukannya diterjemahkan melalui perbuatan. Apabila sudah melakukan maksiat, keseronokan itu memang wujud tapi ia hanya based on nafsu bukannya based on fitrah.
Apa beza seronok based on fitrah vs seronok based on nafsu??? 😵😵
Seronok based on nafsu, apabila seronok melempiaskan nafsu ،sama ada secara random guy atau pun pasangan tapi, ada tapinya, hati menjadi tidak tenang dan tidak puas, kerana melawan perintah الله . seronok based on fitrah pula, akan menderita jiwa kerana menahan diri dari buat maksiat tapi, dalam hati rasa bahagia. Bahagia sebab ape?? Sebab dapat patuh perintah الله. Siapa patuh dan taat perintah الله , maka الله  akan sayang hamba-Nya.
Sebenarnya, perasaan suka sesama sejenis melupakan ujian yang dicampakkan oleh Dia untuk hamba-Nya. Dalam celah-celah hari yang berwarni terdapatnya ujian. Mungkin ada antaranya tidak perasan tapi inilah hakikat yang sebenarnya. Jika lelaki normal diuji dengan wanita, untuk golongan ini diuji dengan lelaki.
Tidak semua orang diuji dengan ujian ini. Ada yang berjaya ☺ tapi ada juga yang tewas 😢 . Tewas dengan nafsu.
Jika saat ini anda sedang diuji, maka ingatlah ujian itu adalah hadiah dari الله maka bersyukur dan berbahagialah."