Laut mana tak bergelora, bumi mana yang tidak basah ditimpa
hujan. Semua hambaNya tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Begitu juga dengan
diriku juga tak terlepas daripada diuji untuk meminati kaum sejenis dengan ku…nauzubillah…Memang
tidak dapat dielakkan bila kita mempunyai naluri PLU ini, yer tak. (Kalau korang baca artikel blog aku sebelum ni pasti korang tahu
betapa aku struggle giler untuk memastikan aku tidak tersasar) Tapi syukur, di kala aku diuji, ada juga
sahabat-sahabat aku di laman sosial yang tak putus-putus memberikan nasihat
yang amat berguna (ada juga yang memberikan nasihat yang sebaliknya) untuk aku
jadikan pedoman agar aku tidak terlajak jauh.
Peristiwa ini berlaku agak baru lagi. Dalam aku cuba memberikan
nasihat kepada sahabat-sahabatku, aku secara tak sengaja meminati salah
seoarang sahabatku ini. Memanglah tak dinafikan perasaan ini sangat indah, sangat
mengasyikkan, ye lah.. aku tak nafikan dengan naluri PLU yang ada dalam diri,
aku tak terlepas untuk terbabit dalam percintaan sonsang ini, tapi akhirnya aku
mula realized (mungkin Allah dah beri petunjuk kepadaku)… perhubungan ini salah sama sekali dan dilarang serta
dilaknati Allah SWT. Syukur Alhamdulillah, ada seorang sahabatku di laman
social yang telah memberikan aku nasihat yang aku rasakan amat berguna dan ia
telah dapat membantu aku serta membuatkan aku tersedar supaya aku tidak
tersasar...
Aku namakan sahabat aku ini sebagai RS… dan di bawah ini
adalah butiran perbualan aku dengan RS. Untuk memudahkan bahasa yang kami gunakan,
aku telah mengolah sedikit bagi membolehkan ia dapat difahami oleh para pembaca
di blog aku ini.
Perbualan antara aku
dan RS
InsyaAllahBro: Assalamualaikum bro, Aku nak tanya kau bro... Kau ada
pengalaman kan... aku nak tanya macam mana nak menolak cinta sejenis ye.. aku
hampir terperangkap ni….
RS: Waalaikumsalam…Aish…. Kan kan selama ni kau boleh
tolak…..Apa dah jadi ni ..hahaha….
InsyaAllahBro: Ishh... Ini kan dugaan bro..
RS: Iyelah.. maksud aku ni ada sesuatu yang berlaku ker??
InsyaAllahBro: Sekarang ini situasinya lain.. Alhamdulillah... belum jadi
lagi lah bro.. Aku kenal abang ni.. umur dalam lingkungan xx tahun.. lebih tua
dari kita.. Aku tak sangka keprihatinan aku bertanyakan khabar setiap hari
buatkan dia jatuh hati kat aku.. Memanglah tak jadi lagi bro.. just chatting
je.. Tapi dia dah mengayat kat aku sampai aku pun dah nak jadi “cair”..
(maknanya jatuh hati)
RS: Hehe…. ni aku tak ayat lagi kan kat engkau dari awal ..hahaha..
InsyaAllahBro: Huhuhu.. susahkan bila kita punyai naluri ni..
RS: Kau dah xx tahun hidup dan tak pernah lagi menyentuh
mana-mana tubuh lelaki (sebagaimana kau admit kat aku) dan kau kenal seseorang
sekarang yang hanya berchatting dengan kau dan kau nak korbankan apa yang telah
kau pertahankan selama ini. In my world, I have never met any PLU who NEVER HAD
homosexual activity other than you
RS: So I took you by surprise really. Aku secara jujur..antara
percaya dengan tidak..wujud orang macam kau... Sebab being PLU - Your sex drive
is too high and uncontrollable at times... So spiritually, what you have
achieved is too applaudable... and RARE. So aku memang macam percaya dengan
tidak percaya
InsyaAllahBro: Demi Allah, percaya atau tak bro... aku memang tak pernah..
itu yang ramai tak percaya..
RS: Tapi aku respek org. Sebab tak samua orang itu sama
perjalanan hidup. Jadi atas dasar itu aku fkir kau bercakap benar dan kau ni
jujur dengan aku. Jadi sekarang...kau di satu persimpangan - kau kenal seseorang
yg menjadi taste engkau. Kau yang kebal bertahun selama ini. Jadi sekarang nasihat
aku mudah jer. Stop this madness. Jangan kau punahkan kesucian kau selama ini. Sekali
terjebak - susah untuk kau hendak patah balik. You are A FATHER & A HUSBAND. Remember why you didn’t do it. Remember
why you brought up your family into this world. Remember why you are khalifah
to your wife and anak-anak. Antara dua garisan...dosa dan pahala. Mudah
saja kite tersasar sebenarnya. Halus je garisan tu... Kau kumpulkan semua
kebaikan kau sepanjang hidup.. dan jangan MUSNAHkan sekelip mata di hujung usia
kau sekarang. Ada orang MUSNAHkan hidup sepanjang hidup….dan sujud di hujung
usia.. kau pula jangan musnahkan hidup engkau di hujung usia. Itulah antara 2
garisan... Fikirkankanlah. Kau suci. Kau bersih. Jangan nodai diri kau dengan
kekotoran dengan orang yang sepatutnya kau tinggalkan. Dan jangan kau ambil
alih tempat lama yang semenangnya orang lain dah tinggalkan demi nafsu kita
yang bodoh ni. Aku sayang kau sebab kau special pada aku - bukan sebab nafsu. Aku
sayangkan kau sebab kau bersih
InsyaAllahBro: Thanks bro... aku pun sayangkan kau sebagai sahabat aku
yang boleh menolong aku di kala aku tersepit sekarang ni..
RS: Aku tak akan kata apa-apa sekiranya orang itu pernah bergelumang
dengan dosa sebelum ini. Tapi aku tak rela tengok orang yang tak pernah buat benda-benda
keji seperti kau bro dalam sekelip mata… dan semuanya yang kau telah lama bina
dan pertahankan itu berkubur begitu saja. Ingat janji Allah. Ini perang maha
dasyat. Sekali kau jawab TIDAK..betapa besarnya pahala yang Allah bagi kat kau.
InsyaAllahBro: Betul tu bro... ini dikira jihad dalam menentang hawa
nafsu.. Bro... aku sangat hargai kau punya nasihat.. Terima kasih ye bro..
terima kasih... aku hargai nasihat kau itu.. Yang penting, alhamdulillah... aku
masih belum lagi terlajak.. Ok bro... aku dengar nasihat kau ni.. Insya Allah..
kita berdua dapat pahala membantu sama lain untuk perkara kebaikan.. Alhamdulillah...
Alhamdulillah
RS: Untuk kebaikan kau.
Alhamdulillah… aku cepat tersedar selepas itu… mungkin
inilah pertolongan Allah SWT terhadap hambaNya…
Berikut adalah butiran perbualan aku dengan RS selepas beberapa
seketika, aku bertekad untuk tidak melayan sebarang “feeling” aku ini… ….
InsyaAllahBro: Assalamualaikum sahabatku RS. Alhamdulillah, dengan
pertolongan Allah SWT yang mengirimkan sahabat-sahabat (kau salah seorang
daripadanya) untuk memberikan nasihat kepada ku, aku berjaya utk tidak terjebak
bro.... syukurkepadamuyaallah..
RS: Wassalam. Alhamdulillah. Jadi apa yg berlaku?
InsyaAllahBro: Tak jadi apa-apa pun RS.. Alhamdulillah...kawan tetap kawan
sebab islam tak menggalakkan kita memutuskan ikatan silaturrahim...
RS: Bukan, maksud aku ada tak kau cakap kat dia...No sex, no ke
arah maksiat etc.. chat je, ok
InsyaAllahBro: Yup bro...no sex..
RS: Then baguslah… Alhamdulillah.. Kau everytime kenal PLU...
harus disulami dengan sesuatu kene cakap "utk kenal2 je... sex etc memang
tak akan" Then kau akan boleh tahu siapa diaorang dan apa motif diaorang….
InsyaAllahBro: Betul tu RS
RS: Kalau diaorang stay longer and act professionally macam kawan-kawan
straight yang lain so diaorang honest. Tapi, kalau senyap dah lepas2 tu ... paham
ajelah ye
InsyaAllahBro: Betul tu bro... masuk ni dah x orang yang unfriend , bila
aku cakap untuk kawan sahaje and no sex..
RS: Hehe
Hakikatnya… sekarang aku lebih berhati-hati… dan
syukur aku ke hadratmMu Ya Allah sebab aku terselamat daripada tersasar…
Nukilan
InsyaAllahBro
InsyaAllahBro