Ahad, 4 September 2016

Boleh berubah ke tidak??

Status hamba Allah di FB

Semenjak dua menjak ramai yang bagi respon kat aku dan bertanya bolehkah PLU berubah... jawapannya... insya Allah, boleh... cuma bila masanya, itu bergantung pada situasi atau "severity" individu itu.

Menarik nya ada satu sahabat aku di Facebook (aku namakan Hamba Allah1 & Hamba Allah 2) mengemukan status di  timeline nya, dan macam biasa kalau ada benda yang tak tepat, aku akan menyibuk untuk menegurnya. Surprisingly, sahabat aku ni tahu akan buruk dan baiknya bila ada naluri ini. 

Oklah geng, inilah status sahabat aku ni di timeline Facebook nya

"Bagi golongan sonsang ni, nafsu tu sama beb, satu je cuma citarasa yang berbeza beza, harap maklum ye !!"

Salah satu komen aku dengan Hamba Allah ni

InsyaAllahBro: Hmmm... partly tu may be betul... dan partly tu mungkin kurang tepat sikit bro... ada juga yang mampu mengawalnya dari tersasar... insya Allah..


Hamba Allah 1: partly yang betul tu nafsu nya tertumpu untuk fun je beb, partly yang kurang sikit tu pulak adekah disebabkan citarasa.... sentuh bab nafsu ni, takde manusia yang tak diuji keimanan dia beb, cara ujian tu pulak berbeza beza dengan satu sama lain, setiap ujian ada cara tersendiri, macam tu juga yang diuji ni, ada cara tersendiri jugak camne dia nak berdepan, semakin kuat iman dia semakin kuat jugak ujian ke atas dia diuji, kita sebagai muslim ni sentiasa lah bersangka baik dengan apa je ujian yang diberikan atas kita..


InsyaAllahBro: Kalau kenyataan ni bro.. aku setuju... sebab bergantung kepada iman masing-masingkan... apapun bro tak salah dan berdosa untuk seseorang itu mempunyai jiwa atau naluri PLU kalau ia memang dah terbentuk sejak lahiriah lagi. Apapun bergantung kpd iman seseorang itu utk mengawal nafsunya...Alah bro, yg straight pun boleh terbabas......

Hamba Allah 1: Bukan satu kesalahan dan dosa pun beb ada nafsu sonsang ni, cuma cara hidup nafsu sonsang tu je kekadang yang jadi salah bila tak ikut jalan yang betul, kalo pandai kawal, gunakan akal sebaiknya untuk hidup bernafsu sonsang ni, banyak hikmah dengan kelebihan yang kita tak jangka akan dapat, tu semua ganjaran yang diluar dari jangkaan kita sendiri, tuhan tu je yang lebih tahu segalanya

InsyaAllahBro: Betul bro. Tak salah pun. Aku pun ada naluri PLU ni. Mulanya rasa malu sangat. Tapi fikirkan balik, walau jiwa PLU adapun dalam diri ni, aku tak pernah tersasar, malah aku dah kahwin pun, ada isteri penyayang, ada anak-anak yang comel.... Alhamdulillah... aku pun rasa begitu juga.. ada kelebihan yang kita ada sebenarnya yang hanya Allah yang tahu....

InsyaAllahBro: Maaf bro... jangan marah kat aku ye... sebenar nya aku sayangkan semua sahabat aku kat sini... kalau bolehlah nak aku jerit cakap kat semua, naluri ni memang akan kekal dan tak boleh diubah, tetapi gaya hidup PLU ini yang boleh kita perbaiki.. supaya tak tersasar jauh selamanya...

Hamba Allah 1: Tak perlu minta maaf beb, ko tak buat salah, aku pun takde sebab nak marah ko, aku pun gay jugak ade naluri sonsang tu, sama macam ko dah kahwin, ada isteri cuma belum ada rezeki untuk ada anak2, jadi aku faham ape ko rasa, apa yang bebudak gay kat luarsana tu pun rasa, dari start mula2 jadi gay, bujang sampai le dah kahwin, cuma aku belum rasa untuk ada anak, jadi bapak, pastu meningkat tua, kalo ada umur panjang, tak mustahil sampai umur tu mungkin aku akan ada pengalaman untuk rasa nafsu sonsang pada peringkat tu beb


InsyaAllahBro: Insya Allah bro... belum ada rezeki tu... mintak2 dibiaskan bro daripada perkara sonsang tu... aku tahu memang sakit ada naluri cam ni, hakikatnya menyukai wanita... tapi masalahnya yang sejenis pun kita minat sekali...tu yg jadi masalah bukan saja bro tapi aku lah jugak....

Hamba Allah 1: Bagi yang dah kahwin, perasaan tu normal, akan berperang dengan nafsu sendiri, yang bujang2 ni je tak faham, bila tak faham tu yang buat conclusion sendiri, takleh nak salahkan diaorang jugak, bila sesuatu perkara tu belum dilalui, maknanya takde pengalaman lagi nak berdepan macam mana, jadi biarkan le ape je yang bujang2 ni kata ke, nak maki ke, nak kutuk ke, yang kita dah lalui ni kena pepandai le jaga diri, kawal nafsu, sentiasa beringat... nafsu tu memang takkan hilang, cuma rasional akal je mampu halang

InsyaAllahBro: Betul... saya setuju... memang tak leh nak salahkan diorang bro especially yg bujang kalau dah terlajak... memang saya akui tak de pengalaman tapi tak mustahil kalau benda ni dah dicuba dan dirasai memang tak mahu berenti...last2 akhirnya nak berhenti pun susah...

Hamba Allah 1: Berhenti tu boleh dan takde perkara pun yang tak mustahil kalo bersungguh, hati kena kuat je beb, jiwa kena kental, iman pulak kena kukuh, niat kena betul, susah memang susah sebab tu lah dinamakan ujian, sesuatu perkara tu takkan berjaya kalo takde halangan, dengan halangan tu lah buat kita lebih kuat slow2 sebenarnya, Hamba Allah 2, terima kasih

InsyaAllahBro: Adik Hamba Allah 2. tq yer dik.. Betul tu Hamba Allah 1, tak de perkara yg mustahil ... saya setuju kalau perubahan tu dilakukan slow2... tak boleh mengejut... tapi kalau tak boleh juga... kena buat "harm reduction" atau mencegah kemudaratan... mencegah sebelum terkena penyakit yg amat kita takuti...HIV.. minta dibiaskan...nauzubillah...

Hamba Allah 1: Boleh tak boleh kena bolehkan jugak beb, suka tak suka kena teruskan jugak, itu je caranya, takde alasan untuk kata tak boleh, sebagai muslim ni sepatutnya lagi dapat kuatkan diri untuk buat walau ape sekalipun

InsyaAllahBro: Betul Hamba Allah 1. niat kena ada kalau nak berubah... Insya Allah.. Allah tu maha pengasih, penyayang dan pengampun kepada hambaNya ini walau teruk sekali manapun perangai hambaNya sebelum itu...

Hamba Allah 1: Tahu takpe, jadi jangan le biasakan diri dengan alasan, alasan ni hanya untuk orang lemah sebenarnya

InsyaAllahBroBetul tu Hamba Allah 1, terlalu banyak alasanlah yg menyebabkan kita tak berubah-ubah dan makin lama makin jauh dengan Allah...

Hamba Allah 2: Org org yg terpilih je yg diuji mcm ni

InsyaAllahBro: Betul tu Hamba Allah 2.. kitalah semuanya... kan istimewa golongan macam kita ni...

Hamba Allah 1: Tahu takpe Hamba Allah 2, asalkan nama manusia semuanya pun terpilih, cuma kita je perasan dengan tidak

Hamba Allah 2: Setiap org ada ujian masing masing

Hamba Allah 1: Pepandai le beb nak lulus tu camne

InsyaAllahBro: Betul2..

Hamba Allah 1: Tahu takpe

Bila ditanya, semua tahu dosa & pahala, baik & buruknya.
Apapun sahabat semua, tepuklah dada, tanyalah iman


InsyaAllahBro




1 ulasan:

  1. The Rundown of The Rundown of The Rundown of The Rundown of The Rundown of
    With the Rundown of the Rundown of The Rundown of The Rundown of The Rundown of The Rundown of The Rundown of The luckyclub.live Rundown of The Rundown of The Rundown of

    BalasPadam