Isnin, 29 Ogos 2016

Bahagian IV: PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA
DAN TANPA NAMA


Talian yang boleh dihubungi serta senarai Klinik Kesihatan yang menjalankan Ujian Saringan HIV secara sukarela tanpa nama









Sumber Rujukan:

1. Maklumat lanjut bolehlah didapatkan disini.


Bahagian III: PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA
DAN TANPA NAMA




Sumber Rujukan:
1. Maklumat lanjut bolehlah didapatkan disini.

Bahagian II: PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA
DAN TANPA NAMA

Prosedur Ujian HIV Tanpa Nama (Anonymous)·      

  • Tidak perlu mendaftar di kaunter pendaftaran. Berjumpa terus dengan mana-mana pegawai bertugas di Klinik Kesihatan dan minta ujian HIV tanpa nama dilakukan. 
  • Pre test kaunseling akan diberi oleh pegawai perubatan/pembantu perubatan. 
  • Jika keputusan ‘rapid test’ ‘tidak reaktif’ [negatif HIV], individu diberi penerangan tentang ‘window period’ (post test counseling) dan dinasihatkan untuk mengulangi ujian, 6 bulan dari tarikh saringan. 
  • Individu tersebut boleh memilih untuk membuat temujanji atau terus ke Klinik Kesihatan. 

  • Jika keputusan ‘rapid test’ adalah ‘reaktif’[positif HIV], nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada individu tersebut untuk menjalani ujian pengesahan. 

Prosedur Ujian Pengesahan HIV
  • Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya pegawai perubatan/ pembantu perubatan yang menjalankan ujian sahaja yang tahu maklumat peribadi individu. 

  • Pegawai perubatan / pembantu perubatan akan mengisi borang mohon ujian pengesahan dan dihantar bersama sampel darah yang dimasukkan di dalam botol ujian darah. 

  • Sampel darah ini akan dihantar terus ke Pusat Saringan HIV yang telah ditetapkan bagi sesebuah daerah.

Pengujian Di Hospital Pusat Saringan HIV
  • Semua sampel darah yang diterima oleh makmal pusat saringan HIV akan didaftarkan untuk tujuan identifikasi 

  • Keputusan ujian hendaklah direkodkan ke dalam komputer dan juga dicatatkan ke dalam borang HIV-97 . 

  • Borang HIV-97 yang asal hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon ujian. 
  • Keputusan perlu diperolehi dalam tempoh 2 minggu. 
  • Sekiranya tidak diterima, Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon perlu membuat susulan


Menyampaikan Keputusan Ujian Pengesahan HIV 



  • Individu berkenaan dikehendaki berjumpa Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah di ambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan kaunseling selepas ujian.
  • Bagi ujian HIV NEGATIF, individu berkenaan akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk ujian pengesahan ulangan. 

  • Bagi ujian HIV POSITIF, individu berkenaan akan dimaklumkan dan diberi post test kaunseling oleh pegawai perubatan. 
  • Seterusnya akan dirujuk ke mana-mana Klinik Kesihatan yang mempunyai Perkhidmatan Pengurusan HIV di Peringkat Jagaan Kesihatan Primer yang dipilih oleh Individu berkenaan. 
  • Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan dan rawatan. 


Sumber Rujukan:
1. Maklumat lanjut bolehlah didapatkan disini.

Bahagian 1: PROGRAM UJIAN SARINGAN HIV SECARA SUKARELA
DAN TANPA NAMA

Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi,

Semenjak kebelakangan ini, ramai yang bertanya kat aku mengenai prosedur bagai mana untuk menjalani ujian saringan HIV secara sukarela tanpa nama di klinik-klinik kerajaan berdekatan.

Melalui perkhidmatan saringan HIV sukarela dan tanpa nama ini, individu boleh mengetahui status HIV negatif dalam masa 15 minit iaitu menggunakan kaedah ujian ‘rapid test’. 
Individu tidak perlu mendedahkan maklumat peribadi termasuk nama dan alamat semasa melakukan ujian ini. 
Hanya maklumat tentang umur, bangsa, jantina dan tingkahlaku risiko diambil dari individu yang menjalani ujian tanpa nama ini. 
Perkhidmatan ini disediakan di semua Klinik KesihatanKerajaan setiap hari dalam waktu pejabat.

Bagi individu yang disahkan dijangkiti HIV


Segala maklumat peribadi pesakit akan dikendalikan secara ‘sulit’ oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja. 
Mereka akan diberi penjagaan selanjutnya melalui pakej perkhidmatan yang akan meliputi kaunseling, pemeriksaan susulan dan rawatan yang akan disediakan di Klinik Kesihatan dan juga hospital.

Kumpulan sasar

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua individu yang merasakan diri mereka berkemungkinan dijangkiti HIV:
  1. Mereka yang mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV. 

  2. Penagih dadah. 

  3. Pekerja seks. 

  4. Homoseksual dan pasangan. 

  5. Mereka yang pernah berkongsi jarum 
suntikan dadah. 

  6. Mereka yang mempunyai pasangan 
penagih dadah. 

  7. Mereka yang ada hubungan seks dengan pekerja seks. 

  8. Mereka yang mempunyai berbilang pasangan seks. 

  9. Mereka yang ada hubungan seks dengan yang di atas. 


Kaedah Ujian 


  1. Ujian saringan HIV akan dijalankan menggunakan kaedah ujian segera (Rapid test)
  2. Sekiranya di dapati ‘reaktif’, contoh darah individu itu akan diambil dan dihantar ke Pusat Saringan HIV (makmal hospital). 



Sumber Rujukan:

1. Maklumat lanjut bolehlah didapatkan disini.

Ahad, 28 Ogos 2016

Terfikirkan sesuatu...

Salam semua,

Dalam masa beberapa hari ni aku asyik dok baca blog orang sahaja kerjanya..

Almaklumlah nak mencari perbandingan antara aku dan mereka...

Ada mereka yang dah sampai level "hardcore" (macam main pokemon Go pulak yer)... maknanya nak patah balik memang mustahil (yang ni tahap irreversible)... ada yang ringan-ringan jer ceritanya.... dan tak kurang juga yang hanya naluri sahaja dan belum lagi terlajak perbuatannya (contohnya aku lah tu)....

Bersyukurlah pada mereka yang hanya ada naluri PLU sahaja tapi masih lagi tak terlajak, masih boleh hidup normal seperti yang lain (Boleh kahwin, boleh ada anak... dan bahagia... happily ever after bak kata mat salleh).... 

Tapi bagi yang level hardcore, janganlah risau sahabat... korang pun boleh berubah... tapi mungkin makan masa sket...

Dan dalam aku dok sorang-sorang (analysed myself...) tu, kadang-kadang terfikir jugak, apalah akan jadi kalau waktu aku dulu meminati junior aku (Waktu kat sekolah dulu) dan mamat ni (waktu aku houseman dulu) yang mana sekiranya kedua-dua mereka juga PLU?? Rasanya mungkin aku dah terlajak jauh dah sekarang ni... Tak tahulah apa yang akan terjadi sekarang ni yer???

Apapun... alhamdulillah.. Aku tetap bersyukur walaupun naluri PLU tu ada, yang penting aku mampu jaga diri aku... aku tak terlajak... malah aku sayangkan isteriku amat sangat... sayangkan anak-anakku yang amat comel semuanya... Cuma kenkadang tu naluri nakal tu memanglah ada (mana boleh hilang der...) tapi yang penting aku rasa aku dah dapat cari jawapannya... 


InsyaAllahBro

Selasa, 23 Ogos 2016

PLU & Dilema Kahwin

PLU & Dilema Kahwin


Satu persatu kawan-kawan kita dan rakan seusia melangsungkan perkahwinan. Tak kiralah sama ada kawan kita di kampung atau pun yang sama-sama belajar ketika kita kita di kolej atau universiti. Tambah meruntun jiwa bila tengok kawan-kawan sudah beranak pinak dan kehulu-kehilir bersama isteri masing-masing. Rasa 'cemburu' dengan kawan-kawan begitu menebal sebab walaupun kita sesusia dengan dia, dia sudah mendapat apa yang kita idam-idamkan. Satu persatu kawan kita meninggalkan zaman bujang mula masuk ke alam hidup yang baru.


********** Dilema Naluri & Kahwin***********

Masalah utama yang dihadapi oleh golongan naluri songsang adalah tidak betul-betul bersedia untuk berkahwin. Bukan kerana masalah kewangan kebanyakkannya, tapi masalah perasaan...takut kerana tidak boleh menyanyagi isteri sebagaimana dia menyangi kita dan takut jika masih meneruskan atau mengikut naluri songsang tersebut.


Inilah antara dua dilema yang menghantui kita dan menyebabkan kita teragak-agak dan was-was untuk berkahwin. Bukan tidak mahu berkahwin tapi belum masanya lagi. Kita perlukan masa untuk menjadi betul-betul bersedia. Siapa tidak mahu hidup berteman? Siapa tidak mahu mempunyai keluarga? Siapa tidak mahu mempunyai anak? Siapa tidak mahu bersiar-siar dan berjalan-jalan bersama anak dan isteri?. Semua orang tidak kira mempunyai masalah nafsu songsang atau tidak paling tidak memyimpan hasrat untuk mengecapi semua ini. Inilah sebenarnya antara perkara-perkara yang membahagiakan kita dan itulah juga fitrah dan sifat semulajadi manusia yang mempunyai nafsu.

Sebenarnya, dalam benak fikiran kita akan sentiasa berlegar-legar....bolehkah kita menyayangi dia dan menyintainya. Bolehkah kita bernafsu dan melayan bakal isteri sebagaimana orang str8 melayan isteri-isteri mereka? Bolehkan bakal isteri kita menikmati keseronokan berkahwin sebagaimana orang yang str8?


*********1 Wajah 2 Identiti**********

Orang yang tidak diuji dengan perasaan ini tidak akan sesekali memahami dan faham apa yang kita rasai. Kecuali mereka yang berkawan atau sering berhubung dengan mereka yang diuji dengan naluri ini. Kalau orang yang bernaluri songsang pun tidak boleh memahami mereka yang juga mempunyai naluri songsang, apatah lagi mereka yang str8. Misalnya, dulu dalam diri aku ada kebencian, diskriminasi, dan pandangan yang tidak betul tentang golongan lembut. Terus terang aku katakan aku tidak selesa dan tidak suka dengan penampilan mereka. Mereka lelaki di luar, tapi beperwatakan macam wanita. Pada aku (pada waktu tu, dulu), mereka ini sengaja untuk memilih menjadi identiti wanita. Mereka sengaja menjadi lembut dengan mengada-adakan struktur tubuh dan lenggok bahasa yang sebegitu.

Tetapi, sebenarnya aku silap besar. Mereka menjadi begitu kerana naluri mereka mempunyai masalah. Naluri mereka adalah naluri songsang. Mempunyai naluri songsang ini adalah bukan pilihan kita. Ini adalah satu ujian untuk kita. Ujian untuk melawan naluri fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk membuat pilihan untuk naluri kita. Meraikan naluri atau memandu naluri mengikut iman.....Aku mempunyai masalah yang sama dengan mereka yang aku gelarkan sebagai pondan/lembut. Kami dalam satu kapal yang sama. Kami mempunyai masalah naluri yang sama, cuma kategorinya sahaja berbeza. Naluri kami naluri songsang.......

Aku adalah seorang lelaki dan aku suka menjadi lelaki. Tapi masalahnya, naluri seksual perempuan terperangkap dalam dalam badan aku. Oh Tuhan...aku mempunyai naluri sukakan lelaki.....Besarnya ujian ini.........Tapi ingatlah ada lagi manusia yang diuji dengan masalah yang lebih besar. Tengoklah mereka yang lebih sengsara dari kita sepaya kita menjadi lebih tabah darinya dan bersyukur bahawa Allah tidak menguji kita sehingga ke tahap tu. Tengoklah orang yang kurang derita dari kita, sekurang-kurangnya kita bersyukur kepada Allah bahawa Allah masih sayangkan kita dan Dia menguji kita supaya kita masih mengingati-Nya walaupun ada ketikanya kita tersesat. Hanya dengan ujian itu kita mengingati-Nya.

Perlu dingatkan juga bahawa meraka yang mempunyai naluri songsang ini kebanyakkannya adalah mereka yang dari luar memang str8. Sehinggakan kita tidak menyangka bahawa nalurinya songsang. Hanya mereka yang mempunyai naluri ini sahaja yang kadang-kadang boleh mengenali golongan yang sebegini. Tiada siapa dapat mengenali kita...hatta kawan sendiri...melainkan kita kantoi...haha...Kami adalah golongan lelaki yang kelihatan str8 dari luar, beperwatakan seperti lelaki dan boleh dikatakan apa watak yang lelaki str8 ada, 100% ada pada kami. Malah kebanyakkannya daripada kami ada rupa paras yang hensem atau paling tidak ada rupa. Mereka ini mempunyai kerjaya yang bukan calang-calang orang........doktor, pensyarah dan lain-lain. Cuma hanya satu yang membezakan kami dengan orang str8.......... naluri seksual.......

Oleh itu, tidak kisahlah kalau ibu bapa tidak mengenal naluri kita yang sebenar, abang dan kakak kita tidak mengenali naluri kita sebenarnya, apatah lagi orang yang tidak mempunyai perhubungan darah dengan kita...lagilah mereka tidak tahu......


******** Degree of Severity Kita Berbeza***************

Perlu kita ketahui bahawa mereka yang mempunyai naluri songsang ini mempunyai tahap kerosakan naluri yang berbeza-beza, macam skala. Ada yang tidak minat langsung walaupun sedikit dengan perempuan (kecelaruan identiti - sangat serius). Ada yang minat sikit, tapi tak sampai 50%. Ada yang 50,50 (kecelaruan identiti moderate-biseksual- tak semestinya biseksual ni 50,50). Tetapi kebanyakkannya adalah menyukai lelaki lebih 60%, dan selebihnya perempuan. Sebab itulah, ramai juga mereka yang mempunyai naluri songsang, tapi tetap juga berkahwin. Perlu diingatkan bernaluri gay dan menjalani kehidupan gay adalah dua perkara yang berbeza. Mereka yang hanya bernaluri gay, biasanya tidak terjebak dengan aktiviti yang berisiko. Mereka yang terlalu mengikut naluri sahaja akan menjalani kehidupan sebagai gay....

Untuk mengubah daripada naluri str8 kepada naluri songsang senang....Tapi untuk mengubah daripada naluri songsang kepada str8....sangat susah. Mereka yang str8 mungkin sahaja mudah untuk mengubah atau diubah nalurinya kepada biseksual dan gay. Tapi mereka yang telah dikurniakan dan dianugerahkan dengan naluri songsang...susah untuk kembali kepada naluri seksual normal.

*******Pilihan Di Tangan Kita********

Bukan mudah sebenarnya untuk membuat pilihan untuk berkahwin. Sebab keputusan yang kita buat adalah juga keputusan untuk menentukan hidup individu kedua......isteri kita. Kalau tersalah membuat pilihan, isteri kita akan merasai bahananya. Masalah naluri seksual kita bukan masalah kita seorang sebenarnya apabila kita telah bekeluarga. Ianya bakal menjadi satu masalah juga kepada bakal isteri kita sebenarnya. Salah perkiraan....ibu bapa dan bakal mertua akan diheret sama ke kancah masalah ini. Sebab itu, nilailah diri kita berdasarkan tahap atau degree of severity terhadap naluri seksual. Ini kerana ia boleh dijadikan satu petanda atau kayu pengukur sama ada kita mampu atau tidak menyayangi isteri kita.

Kedua, kembalilah kita kepada hukum asal perkahwinan. Kalau kita berkahwin, perkahwinan kita jatuh dalam hukum yang mana satu. Tanyalah iman kita, kalau kita berkahwin, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada keluarga kita, boleh atau tidak kita bertanggungjawab pada isteri kita....Sudah bersediakah kita untuk menjadi seorang suami atau seorang ayah. Kahwin bukan seks semata-mata tetapi sudah bersediakah kita untuk memikul tangungjawab ini......

Ketiga, fikirlah atau pilihlah perkara yang memberi paling sedikit mudharat kepada kita. Sekiranya kita hanya ada dua pilihan dan kedua-dua pilihan itu adalah pilihan yang memudaratkan kita, pilihlah yang paling sikit memberi mudharat kepada kita. Kalau kita berkahwin, kita tidak mampu untuk mengawal naluri kita dan masih buat benda-benda yang tidak elok dibelakang isteri kita, lebih baik untuk tidak berkahwin kerana ianya akan 'menyakiti' isteri kita. Kalau kita berkahwin akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan maksiat yang lebih besar, maka lebih baik kita berkahwin.

Apapun...pilihan di tangan kita...hanya kita yang mampu membuat pilihan berdasarkan situasi kita. Sebab hanya kita yang faham situasi kita. Walaupun kita selalu merasai bahawa kita tidak layak untuk seseorang wanita sebab kita merasakan naluri ini membuatkan kita rasa diri kita 'jahat', tetapi kita kena ingat, kita manusia, ada kurangnya. Kita tak perfect....bakal isteri kita juga mungkin juga tidak perfect. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Cari titik persamaan, murnikan sikap atau sifat yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain.



Nukilan 

Hamba Allah (https://pelumencaricahaya.blogspot.my/2013/01/plu-dilema-kahwin.html#comment-form) 

Aku rasa bodoh bila difikirkan kenapa lah aku berperasaan begini

Aku rasa bodoh bila difikirkan kenapa lah aku berperasaan begini,

Dalam berkahwan semasa di form 5, perasaan sayangku kepada junior sejenisku semacam seperti sayangkan seorang kekasih..,

Aku rasa bodoh bila difikirkan kenapa lah aku berperasaan begini,

Semasa di universiti, melihat rakan-rakan sejenisku yang cute membuatkan aku rasa tertarik bagai melihat wanita…

Aku rasa bodoh bila difikirkan kenapalah aku berperasaan begini,

Semasa latihan houseman bila mengenali sahabat yang sama jenis denganku, aku jadi sayang kepadanya (walaupun dia tak mengetahuinya sama sekali)…. 

Aku rasa bodoh bila difikirkan kenapa lah aku berperasaan begini, 

Semasa melihat adik-adik housemanku, aku jadi tertarik kepada yang sejenis denganku, yang cute, yang sado.. (nasiblah aku sado..chehh perasan…)…

Tapi Alhamdulillah… aku tak bodoh…

Apabila aku ada niat untuk berubah…

Apabila aku memilih jalan yang diredai Allah SWT dengan mendirikan rumah tangga dengan isteri yang amat aku kasihi serta aku cintai...

Isteriku, kaulah yang menyelematkan aku sebenarnya..

Walaupun hakikatnya naluri ni kadangkala "nakal", tapi syukur aku masih dapat bertahan dari dulu hingga sekarang untuk tidak terus tersasar jauh….




Syukur padamu ya Allah..


InsyaAllahBro