Prosedur Ujian HIV Tanpa Nama (Anonymous)·
- Mana-mana individu yang ingin menjalani ujian HIV tanpa nama ini perlulah pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan. (Klik di sini senarai klinik)
- Tidak perlu mendaftar di kaunter pendaftaran. Berjumpa terus dengan mana-mana pegawai bertugas di Klinik Kesihatan dan minta ujian HIV tanpa nama dilakukan.
- Pre test kaunseling akan diberi oleh pegawai perubatan/pembantu perubatan.
- Jika keputusan ‘rapid test’ ‘tidak reaktif’ [negatif HIV], individu diberi penerangan tentang ‘window period’ (post test counseling) dan dinasihatkan untuk mengulangi ujian, 6 bulan dari tarikh saringan.
- Individu tersebut boleh memilih untuk membuat temujanji atau terus ke Klinik Kesihatan.
- Jika keputusan ‘rapid test’ adalah ‘reaktif’[positif HIV], nasihat akan diberikan dan persetujuan diperolehi daripada individu tersebut untuk menjalani ujian pengesahan.
Prosedur
Ujian Pengesahan HIV
- Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya pegawai perubatan/ pembantu perubatan yang menjalankan ujian sahaja yang tahu maklumat peribadi individu.
- Pegawai perubatan / pembantu perubatan akan mengisi borang mohon ujian pengesahan dan dihantar bersama sampel darah yang dimasukkan di dalam botol ujian darah.
- Sampel darah ini akan dihantar terus ke Pusat Saringan HIV yang telah ditetapkan bagi sesebuah daerah.
Pengujian Di Hospital Pusat Saringan HIV
- Semua sampel darah yang diterima oleh makmal pusat saringan HIV akan didaftarkan untuk tujuan identifikasi
- Keputusan ujian hendaklah direkodkan ke dalam komputer dan juga dicatatkan ke dalam borang HIV-97 .
- Borang HIV-97 yang asal hendaklah dikembalikan kepada Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon ujian.
- Keputusan perlu diperolehi dalam tempoh 2 minggu.
- Sekiranya tidak diterima, Pegawai Perubatan/Pembantu Perubatan yang memohon perlu membuat susulan
Menyampaikan Keputusan Ujian Pengesahan HIV
Sumber Rujukan:
- Individu berkenaan dikehendaki berjumpa Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan pada hari temujanji yang telah ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah di ambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan kaunseling selepas ujian.
- Bagi ujian HIV NEGATIF, individu berkenaan akan diberi temujanji dalam masa 6 bulan untuk ujian pengesahan ulangan.
- Bagi ujian HIV POSITIF, individu berkenaan akan dimaklumkan dan diberi post test kaunseling oleh pegawai perubatan.
- Seterusnya akan dirujuk ke mana-mana Klinik Kesihatan yang mempunyai Perkhidmatan Pengurusan HIV di Peringkat Jagaan Kesihatan Primer yang dipilih oleh Individu berkenaan.
- Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan dan rawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan