Jumaat, 19 Ogos 2016

Baca dulu yer... jangan menilai tanpa membacanya terlebih dahulu...


AKU ­ MIMPI BERTEMU CALON SUAMI YANG MENUNGGU DISYURGA

Aku ni gay juga. Tapi aku tak pernah teringin buat sex oral atau mastubrate. Aku lebih suka shopping, masak aku gemar berbelanja. Kalau aku nampak lelaki hensem dan tegap aku hanya tengok dan aku akan cakap boleh tahan tapi hanya cuci mata tidak lebih pun.

Lagi satu saya mempunyai sifat penyayangan yang tinggi, budak­budak amat suka kepada aku.Aku memang suka budak­ budak hati aku akan gembira sangat aku akan masak untuk dia orang dan jaga kesihatan mereka macam­macam lagi. Aku lebih emosi entah kenapa apabila tengok cerita sedih dah keluar mata penuh satu cawan. Aku lelaki mudah menangis mudah tersentuh emosi pandai berubah. Aku ada mimpi, ada seorang lelaki jumpa aku disebuah taman sangat cantik dia cakap,

"Aku tunggu kau di pintu syurga, aku adalah suami kau aku akan setia kepada mu aku sayang sepenuh hati aku. Aku akan gembirakan kau. Aku adalah suami syurga kau, aku adalah wildan"

Terus aku terjaga aku check jam 4 pagi terus aku sembayang subuh. Aku ingat mainan mimpi keesokkan malam dia datang balik tempat yang sama dan dia berkata,

"Aku amat rindukan, sayang aku akan sentiasa doakan untuk mu bukan saja aku rindu kamu tapi ada 39 wildan suami syurga kamu. Aku akan bantu sayang untuk berbuat amalan baik di dunia aku tak rela sayang masuk neraka"

Aku terjaga jam 4 pagi lagi terus aku fikir apa maksud ni tapi aku buat tiada apa­apa. Keesokkan harinya itu sebab aku tidak solat isyak sebab tengok TV terus terasa tangan aku jadi panas gila teramat panas cepat­cepat aku rendam kedalam air.

Aku mimpi dia datang dia cakap itu mungkin cara untuk aku mengingatkan aku agar sentiasa solat, dia cakap pada aku, dia mahu sayang bersama aku di syurga.

Alhamdullilah aku bersyukur dapat begini cara elak ponteng sembayang. Tapi aku perumpuan ke lelaki?? berapa akal aku dan nafsu aku dan wildan tu ape benda? boleh abang najmi bagi pendapat sebab dah mati akal dah confuse. Tapi tu lelaki tu memang hensem gila tegap lagi tu dia pakai jubah putih kulit gebuh kalau dia suami aku, satu benda ja aku mahu aku mahu disayangi dan sentiasa ada sisi aku:­):­) 

Aku tak nak bidadari hehehe.

Pertama kalau aku ditakdir masuk syurga aku lebih suka kanak­kanak di syurga boleh bermain­-main di sana lebih seronok.

Kedua aku suka membaca aku mahu sebuah library.
Ketiga aku memang suka main games.
Keempat aku mahu shopping sebab di syurga ada pasar raya sangat besar. 
Kelima aku buka restoran penuh makanan.
Keenam aku mahu character game banyak lagi mahu^.^

Kalau abang mahu tahu saya tak pernah menyesal jadi gay, saya tak pernah terjerumus dalam sex oral ataupun tengok filem porn gay. Sex bukan segala­segalanya untuk saya. Lagi satu saya sendiri tak faham kenapa lelaki dan kuat kahwin.

Aku tak lembut seperti yang abang sangkakan aku sentiasa bergaya macam lelaki kerap pergi gym dan berbadan tegap. Badan tegap bukan untuk dilihat untuk gay lain. Susah betul kalau ada wajah tampan sebab ramai gay sanggup bayar beratus­ratus ringgit untuk tidur sama dia orang.

Dia orang ingat aku ni murah sangat lah no way lah. Nafsu aku untuk lelaki straight sahaja bukan untuk gay walaupun lelaki itu hensem macam mana pun tapi kalau gay aku tiada selera hahaha.

Tentang mimpi memang betul aku ada tanya ustaz aku yang sporting ni, dia cakap, "Mana tahu kau jadi wanita di sana sebab di syurga semua boleh jadi kan yang penting buat amalan baik di dunia" [Benda ini pun aku selalu juga fikirkan, ada kemungkinan  betul dan ia boleh terjadi sebab sewaktu di syurga semua boleh belaka... tak kisahlah samada hendak jadi lelaki ataupun perempuan... wallahualam: InsyaAllah_Bro]

"Yang pasal tangan kau panas sebab tangan kau di bakar kalau tidak sembahyang ianya merupakan satu amaran buat kau", beritahu ustaz tu pada aku.

So kepada gay dikeluar sana jangan sedih bersyukur apa yang kamu hanya cacat nafsu tapi fizikal sempurna. Tengok kat luar sana ramai orang lebih susah bersyukur apa yang mereka sudah ada.

Nukilan

Saudara "AKU GAY" [Maaf yer tak tahu nama sebenar saudara]

SUMBER

BLOG ABANG NAJ MI


https://hivadadidalamdarahaku.blogspot.my/2014/06/aku-gay-mimpi-bertemu-calon-suami-yang.html#comment-form

Tiada ulasan:

Catat Ulasan