Semasa aku belajar Medik dulu, pensyarah aku pernah cakap kat kami bahawa personaliti seseorang itu bukan terbentuk dalam masa satu hari, bahkan ia mula bercambah sewaktu kita kecil lagi. Walaupun begitu, kita masih boleh membentuknya samada ia ke arah positif atau negatif. Ini yang berlaku pada diriku dan bagi aku walaupun aku "dikurniakan" dengan ciri-ciri PLU yang ada dalam jiwaku, yang pasti kita semua orang boleh berubah. Yang
penting nawaitu atau niat tu kena ada. Dan tak semestinya sekiranya dalam jiwa
ini ada ciri-ciri PLU itu akan menjerumuskan kita ke arah tersebut.
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan diri ini. Dalam benak ini seringkali
terfikir, ada banyak perkara yang tidak berlaku kepada diriku sebelum ini terkandung hikmah disebaliknya. Aku tidak pergi ke sekolah berasrama penuh, ada hikmahnya.
Parentku yang tak mengizinkan aku untuk further study ke oversea sekalipun (walaupun memang aku impikan), ada hikmah sebaliknya. Alhamdulillah,
hikmah paling besar dalam diri ini adalah setelah aku berkahwin, ini telah
melindungi diriku untuk tidak terjebak serta tersungkur dalam alam ini. Sedikit sebanyak
bersyukur aku ke hadrat illahi kerana Allah masih sayangkan diriku.
Orang kata, golongan plu (tak kiralah
samada total plu, 50/50 plu, sipi2 plu) tu mempunyai rupa paras yang menarik
(hensem)... errr.. betul ke?? Aku ni tak hensem langsung pun (wife aku
pun pernah cakap, abg tak ensem lah).... tapi.. hmm... paras menarik??
Sado?? Mungkinlah kot ( Rajin gi gym utk jaga kesihatan diri, bila badan
sihat, penyakit tak de, tengok badan sado, rasa ghairah pada diri sendiri...
tak pe kan... cinta pada diri sendiri)..
Adik beradikkku majoritinya lelaki,
cuma yang last sekali tu pompuan. Aku ni bukanlah dikategorikan sebagai
golongan lelaki lembut, tapi entahlah, mungkin disebabkan aku ni tak
minat langsung pada aktiviti sukan (dari sekolah rendah, menengah, matrik,
universiti).. kengkawan aku suka panggil aku pondan... ntah ler... Tapi
alhamdulillah walaupun begitu, Allah telah mengurniakan aku kepandaian dalam bidang akademik.. yang
mana aku telah berjaya mengejar cita-citaku menjadi seorang doktor.
Kalau dulu-dulu, waktu aku kecik-kecik tiada pun pernah aku dengar istilah-istilah homoseksual, gay, lesbian, pengkid, sonsang, LGBT, dan PLU...bagiku yang aku rasa, ciri-ciri itu memang ada dalam diriku sejak aku kecil lagi. Aku pun tak pasti kenapa semasa aku di sekolah rendah, aku amat tertarik berkawan dengan kawan-kawan lelaki sahaja. Sampaikan kalau dah terlalu taksub (minat), aku boleh ke telefon awam (time aku orang panggil "public phone") untuk menelefon kawanku itu banyak kali. Tak pun terfikir istilah PLU waktu tu. Adapun ustazah ada cerita pasal kaum Nabi Lut yang dilaknat oleh Allah SWT, tapi aku waktu tu kecik lagi kan... manalah aku tahu apa ke benda lah yang dimaksudkan dengan perhubungan sejenis ni. Tapi bila dah meningkat remaja barulah tahu serba sedikit pasal hal tu..
Waktu kecik-kecik pula, satu tabiat yang aku ingat adalah
berimiginasi menjadi seorang perempuan ( walaupun aku tahu nak jadi seorang perempuan
bukannya mudah berbanding menjadi seorang lelaki)... sampai satu tahap sebelum tidur, aku akan
berangan-angan menjalani pembedahan menjadi seorang perempuan (ngeri rasanya
bila difikirkan sekarang ni).. tapi yang bagusnya, aku tak pernah sekalipun
"cross dressing".. Aku juga tak nafikan yang aku mempunyai sifat
fitrah semulajadi yang normal sebagai lelaki yang meminati wanita (yang kecil comel molek,
putih.. cam wife aku)... tapi betul juga akan apa yang bro Naj mi katakan dalam
blognya mengenai PLU (100% plu memang tak minat langsung wanita, 50% plu minat wanita dan
lelaki[masalah jugak sebab kenkadang terbabas gak], 10 -20% plu: minat
sahaja)... perasaan tertarik pada lelaki tu tetap ada (malu nak sebut benda
ni.. tapi syukur sekadar tertarik dan tak sampai ke tahap ghairah).. pernah
berlaku semasa di sekolah menengah, aku berkawan dengan junior aku ni, rasanya
pelik sangat dalam diri ini, rasa sayang (aku cuma ibaratkan sayang seperti
sayang seorang abang dan adik.. tapi lain macam rasa sayang tu).. setiap hari
mesti naik basikal lalu depan rumahnya (.. rindu kot??? Tak tahulah) dan kalau
dia kawan dengan orang lain, aku jadi cemburu (kalau fikir balik, rasa cam
mengarut jer)... Tapi apa pun, alhamdulillah..Allah sayangkan aku... tak pernah
pun aku terjebak atau tersasar jauh.. Aku tetap ada awek gak (cinta pertama dan
selamanya) waktu tu...dan sekarang ini telah menjadi isteriku dunia dan akhirat..
Perhubungan aku ngan junior itu
terhenti bila aku melanjutkan pengajianku di peringkat matrikulasi dan
universiti. Tak de apa-apa yang menarik, cuma betullah kat sana (mungkin sebab ada
"gen2 plu" ni), rasa tertarik ngan lelaki-lelaki cute atau sado tu
tetap ada. Itu pasal di universiti, aku akan pegi gym bagi memantapkan diri
(bila tengok diri sendiri sado, tak heranlah aku pada yang lain)..So secara total,
aku aku berjaya men"supress"kan diri ini untuk tidak mengamalkan gejala sonsang ini... Dalam masa sama, aku tetap setia pada awek aku.. Alhamdulillah.
Cuma apa yang menarik minat semasa
aku belajar medik, ada kawan se"medik" aku ni, memang aku rasakan PLU jugak 60/40, jadi kemaruk sangat dengan junior sejenis kat sini... sampaikan print gambar
junior tu dan tampal kat biliknya.. Aku pernah tanya kat kawan aku ni, dia kata
jiwa PLU nya memang sudahpun tersemai semasa di sekolah asrama lagi
(alhamdulillah aku tak ke sekolah asrama).. tengok junior sejenis yang kiut, dia akan
jadi tak keruan... walauapapun, aku tak pasti samada dia ni dah pernah
tersasar atau pun tak sebelum ni, tak beranilah aku nak tanya, wallahualam...
tapi mungkin dia nak cover kot, dia pun ber couple dengan junior perempuan kat
situ lepas tu. Tak tahulah apa yang jadi sekarang ni kat dia.. ntah, aku pun tak tahu..
Aku berjaya habiskan penngajian perubatanku, lalu aku dihantar untuk menjalani latihan HO di salah sebuah hospital. Keje ok je kat sini.. Tapi
sekali lagi aku diduga yang mana aku berkenalan ngan mamat ni (keje kat sini gak).. Yang
peliknya fikiran aku jadi semacam tengok kat dia, rindu bila tak jumpa (rasanya
kalau dia tahu, mesti muntah hijau punya.. hehehe).. rasa cemburu bila dia
kawan dengan orang lain.. Kalau dia keje malam, aku sanggup temankan dia kat
tempat keje.. Jumpa mak ayah dialah. Mamat ni, serta mak ayah dia tak pernah
syak apa-apa pun waktu tu (Alhamdulillah... sebab aku pun buat biasa je)..
Tapi mungkin sekali lagi, Allah memang sayangkan aku, aku mendirikan rumah
tangga dan perhubungan aku ngan mamat ni terhenti begitu sahaja.. Pun begitu, aku
mendapat maklumat daripada staf serta kawan2ku yang mamat ni ibarat tikam
belakang punya spesis.. Depan kita mulut manis, belakang kita diburuk-burukkan
kita..Nasiblah hubungan aku ngan dia ni tak tersasar jauh.. kalau tak mesti
nama aku ni dijaja untuk satu alam... Alhamdulillah... Allah masih sayangkan
aku..
Zaman aku mula2 bekerja, internet tak
lagi meluas dan laju macam sekarang (lembab giler speednya), cuma semenjak beberapa tahun
kebelakang ni, internet dah mula laju speednya ke serata tempat. Masa ini, tabiat
lama aku menjadi lagi... iaitu melayari laman web ntahapaapatah... tak
terkecuali yang berkaitan dengan dunia plu...Bila tengok, mulut kata
"Astaghfirullah"... tapi hati kata "Tengoklah bro.. tengoklah
bro.." Rasa tertarik dengan topik cinta sejenislah... pertukaran
jantinalah... transeksual... Memang cuba tak nak buka laman web tu tapi
kenkadang tu tangan asyik je menggatal nak tengok... Rasa teruja sangat..... Tapi bagusnya, hatiku tak sampai untuk melihat laman web lucah melampau mengenai PLU.. hmmmm bagusnya aku kan? (Perasan..). Cuma aku rajin melayan blog-blog nukilan rakan PLU... cari perbandingan .. mencari jawapan ketidakpastian mengenai naluri yang aku alami.. Alhamdulillah, aku dapat mencari jawapannya dan yang pasti bukan semua mereka yang dilahirkan mempunyai sifat dan naluri PLU itu jahat, semuanya masuk neraka.. Kami tak minta pun dilahirkan untuk ada naluri seperti ini sebenarnya. Rasa sakit yang amat sangat kerana kami mempunyai naluri yang melanggar sifat fitrah manusia semulajadi yakni merasa tertarik dengan kaum yang sama dengan kami. Apa pun, insya Allah sebab apa yang Allah SWT ciptakan dimuka bumi ini mempunyai sebab yang tersendiri. Dan Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, kaum ataupun individu itu melainkan mereka sendiri mahu berubah. Alhamdulillah, jawapannya kita boleh berubah. Kita yang boleh mengubah jiwa kita walaupun kadangkala "naluri nakal" kita tetap ada, tapi yang penting kita hendak berubah. Seperti apa yang aku ungkapkan pada status laman FB aku, "Kita berada di dalam sebuah kapal dengan anak kapal yang lain yang mana kita tahu yang kapal itu akan karam. Jadi terpulanglah pada kita samada ingin bersama anak kapal itu untuk karam ataupun kita mengambil sampan lain untuk menyelamatkan diri kita. Dan kalau boleh, bawalah sekali rakan-rakan kita yang lain bersama-sama ke tempat yang selamat"
Aku tahu, mereka yang bukan PLU memang tak boleh diharapkan sangat untuk menolong golongan seperti kita ini. Maksud aku, bukanlah semua yang tak boleh membantu kita malah ada juga yang berjaya membimbing golongan seperti kita ini untuk berubah. Tak kurang juga yang stigma dan kadangkala mereka ni pulak yang melebih-melebih dalam memberikan "nasihat", walhal mereka juga sebenarnya tak tahu situasi sebenar bagi golongan seperti kita ini yang memang perlukan sedikit ruang dan masa untuk berubah. Oleh itu, aku merasakan golongan yang senasib dengan kita sahajalah yang boleh diharapkan dalam membimbing serta memberikan nasihat dan seterusnya menyelamatkan rakan se PLU kita ini supaya tidak terus menerus hanyut dan karam di landa ribut dan badai. Insya Allah sahabat-sahabat se PLU ku, kita boleh berubah sebenarnya. Pisau itu ditangan kita.
Nukilan
InsyaAllahBro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan