Sumbernya boleh di dapatkan di sini
Nukilan salah seorang sahabatku yang aku kenali di FB (yang mahu dikenali sebagai "Awan TerPLU"... aku tabik kat kau adik, walau kau ni PLU.. tapi kau masih lagi boleh bertahan sehingga kini.. dan aku ada memohon keizinannya untuk "share" ceritanya di laman blogku... Terima kasih ye sahabat..
Bermula cerita sahabatku ini:
"1st time aku noticed
there was something wasn't right down there is when aku tengok movie orang
putih dan jatuh hati kat actor dia yang masculine, bayangkan masa itu umur aku
baru 5 tahun. Aku pelik sebab setahu aku lelaki akan berkahwin dengan perempuan,
ya mesti dengan perempuan.
Bila kat sekolah aku tak
berkawan sangat dengan lelaki, aku lebih rapat dengan budak-budak perempuan.
Dia orang suka aku, sebab dia orang kata aku baik dan tak jahat macam
budak-budak lelaki yang lain. Kadang-kadang ada jugak budak lelaki yang jerit
kat aku cakap aku pondan la, memang la aku malu gila rasa nak mati kalau kena
kutuk macam tu depan budak-budak perempuan yang lain. Sebab itu buat aku
semakin benci hendak berkawan dangan budak-budak lelaki.
Situasi jadi makin kritikal
semasa aku masuk sekolah menengah, walaupun aku sudah tak lembut lagi dan tidak
ada budak-budak lelaki lain yang panggil aku pondan tetapi aku mula dapat rasa
budak-budak lelaki ni sememangnya ada daya tarikan seksual yang tinggi. Aku
memang suka dia orang dalam diam. Sengsara sangat kerana ada naluri seperti
ini, sebab itu aku terpaksa "act str8" (berlagak normal) even aku tau
aku ni seorang gay.
Aku ingat lagi semasa
mata pelajaran Pendidikan Islam diajar dalam kelas, cerita pasal kaum nabi Luth
dan balasan yang kaum itu terima akibat perbuatan amalan songsang mereka.
Semasa dalam kelas membincangkan hal itu, memang kita orang satu kelas akan
mengutuk-gutuk umat nabi Luth itu, aku pun sama-sama ketawa tengok gelagat dia
orang, tapi dalam hati aku tuhan sahaja yang tau. Paling cemerlang ialah
lakonan aku tidak ada siapa "notice" yang aku ni gay ke apa, so aku
tidak pernah disisihkan kawan-kawan disekolah.
Tetapi bila malam aku
akan rasa tekanan sangat. Sebab kenapa? sebab kalau Allah kutuk umat nabi Luth
kenapa Dia jadikan aku gay, aku tidak mintak pun aku jadi gay. Aku
tension sangat lah, geram dengan tuhan sebab aku rasa Dia tidak adil, sampai
pernah satu malam tu, aku attempt to commit suicide.
Ya, mati pasti akan
menghilangkan penderitaan aku, masa tu aku baru form 2. Mula-mula aku tekap
muka aku dengan bantal, konon nak kasi mati lemas tetapi tidak lama, aku tak
tahan bila tak boleh menafas, tersedut oksigen jugak, so aku tak jadi mati lah
malam tu..yayyy..
Pastu aku fikir nak
kerat urat tangan aku biar kasi keluar darah, aku ambil pisau
"Gillette" tapi tiba-tiba dalam hati aku cakap "hai..berani ker?
ko kan takut darah?" so aku tak jadi kerat, selamat lagi.......
Pastu aku fikir, tak
best la bunuh diri, lagi pun ustazah aku pernah cakap bunuh diri itu ibarat
tempah tiket ke neraka, so aku tak nak tempah tiket ke neraka (nampak
tak betapa pendidikan agama memainkan peranan di sini? )
Tapi masalah gay aku
memang tak settle lagi. Aku asyik la mengomplen, "kenapa tuhan
jadikan aku gay?" aku tak nak la jadi gay, aku nak hidup normal.
Aku cover baik punya depan family, tidak ada siapa yang perasan
pun aku ni seorang gay. Dimana-mana pun aku pergi, aku acting baik-baik saja
dan orang luar memang menganggap aku ini citizen yang baik, sopan santun dan
tidak menggatal pun dengan anak dara mereka (memang la, aku dah tak ada nafsu
pun kat dia orang)..
Bila deal dengan lelaki
pun aku boleh buat muka selamba, walaupun dalam hati aku bergelora
"nak" bagai nak gila, tuhan sahaja yang tau.
Sekali lagi aku dengan
beraninya mempersoalkan kenapa Allah jadikan aku gay, walau pun sekadar
lintasan pertanyaan didalam hati sahaja, aku benci diri aku, benci sangat
naluri gay yang hidup didalam tubuh badan aku..
Nak-nak pulak bila orang
disekeliling aku kadang-kadang rujuk aku bila dia orang ada masalah dalam rumah
tangga ke, percintaan ke, sebab mereka percaya kat aku untuk memberi pandangan
nasihat. Lagi pun Allah kurniakan aku dengan kebolehan mendengar dan mencari
solusi (aku sahaja yang tidak tahu nak bersyukur)
Kadang-kadang aku nak
aje ludah semula kemuka sendiri, ada ketika diri aku kembali menyindir diri
sendiri, "eleh, ko settlekan masalah orang tapi ko tu baik sangat
ker?" dan aku jawab dalam hati, "tak baik pun, aku gay" :(
Tetapi walaupun masa tu
aku asyik questioning, kenapa Allah jadikan aku gay, aku tetap jaga solat 5
waktu. Kalau subuh terlambat mandi wajib aku tetap qada'. Tak tau
la..aku masih tetap takut tuhan, sebab aku tau Dia tu ada dan Dia tengok sahaja
apa yang aku buat.
Dan aku tidak pernah
tinggalkan solat terawikh semenjak aku berumur 15 tahun lagi, ketika dalam
bulan puasa aku tidak akan masturbate tetapi dibulan lain habis lenjan kain
pelikat aku dengan air mani, tak mengapa, lepas mandi wajib aku sudah boleh
solat. Haaa.....itu sahaja cara aku nak menghilangkan gelora syahwat aku ni
daripada aku berzina ya tak? (masturbate tetap haram hukumnya, so kalau
boleh jangan amalkan)
Bila aku kerja, ditempat
kerja aku ada komputer yang ada internet (nak beli sendiri lambat arr masa tu)
so aku suka buka email-email atau baca apa-apa hal berkaitan soal agama dan
banyak lah baca cerita pasal komen ustaz, komen tentang gay
pun ada. Aku cakap dalam hati " yg ko nak kondem gay ni pehal? karang kasi
nafsu songsang tu kat ko baru tau" panas pulak hati.
Kemudian aku terbaca
pasal Islam, tentang saudara-saudara muslim di Iraq dan Palestine. Perjuangan
mereka dibawa sampai mati.....eh maaf, mereka bukan mati tetapi syahid. Then
aku baca lagi keistimewaan pasal syahid. MAK AIH!!!! best giler kalau dapat
syahid ni, yang paling best kalau korang baca tentang bagaimana Allah
memuliakan jenazah mereka semua ini, sangat istimewa sehingga kita yang hidup
ini pun boleh saksikan jenazah mereka yang berbau wangi, wajah mereka yang
berseri serta bercahaya seperti tersenyum (kalau rajin google je cerita-cerita
tentang mereka yang dapat syahid ni..)
Then dalam hati aku mula
la ada rasa jeles... alah, untung la korang tinggal di negara yang huru hara,
berperang dengan musuh Islam sudah tentu ada peluang berjihad. Kita di Malaysia
ni mana ada perang-perang macam tu......Tengok?!!......Allah tidak adil lagi
dengan aku.. :(
ALLAH TAK ADIL? are u
sure? dush......
Masa itu la otak aku tiba-tiba rewind and flashback dan dengar
ceramah-ceramah agama yang pernah aku dengar dulu termasuklah apa yang ustaz
dan ustazah aku penah cakap...
"Jihad bukan
sekadar melawan mereka yang memusuhi Islam, tapi jihad terbesar adalah menentang
nafsu sendiri dalam diri.."
TUUUU DIAA....... masa
itulah aku dapat jawapan sebenarnya, kenapa Dia jadikan aku gay. Dia nak
kurniakan aku syahid. YA! itu yang aku nak, aku nak mati syahid. AKU
BOLEH DAPAT SYAHID TETAPI DENGAN SYARAT AKU TERPAKSA MELAWAN NAFSU SONGSANG AKU
INI, LAWAN SAMPAI MATI.
Ya Allah, baru aku sedar
betapa kasihnya Dia kepada aku. Dia bukan kosong-kosong hendak kasi aku dugaan
maha berat seperti ini tetapi Dia nak kasi ganjaran yang sangattt besar kepada
aku, dengan syarat aku kena berjihad ke jalanNya, dan aku juga fikir, di
akhirat nanti aku juga perlukan syafaat dari junjungan kita Nabi Muhammad SAW
yang kita cintai, bukan datang sebagai umat nabi Luth.
Ini sahaja yang dapat aku kongsikan.
Alhamdulillah, dalam
umur aku sudah mencapai 30an, aku tidak pernah terlanjur or whatever.. bukan
cakap aku baik pun, memang la aku jahatkan, aku kan gay. Tetapi aku
lawan akan lawan sampai mati. Kalau aku boleh, korang pun pasti boleh, aku
doakan korang mendapat taufik dan hidayah.
Amin..
Awan Yg TerPlu
Aku cover baik punya depan family, tidak ada siapa yang perasan pun aku ni seorang gay. Dimana-mana pun aku pergi, aku acting baik-baik saja dan orang luar memang menganggap aku ini citizen yang baik, sopan santun dan tidak menggatal pun dengan anak dara mereka (memang la, aku dah tak ada nafsu pun kat dia orang)..
Masa itu la otak aku tiba-tiba rewind and flashback dan dengar ceramah-ceramah agama yang pernah aku dengar dulu termasuklah apa yang ustaz dan ustazah aku penah cakap...
Ini sahaja yang dapat aku kongsikan.
Amin..
Awan Yg TerPlu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan